Jumaat, 14 Oktober 2011

Trailer dan sinopsis filem Hidden-Lakonan Erra Fazira dan Christopher Atkins

PELAKON Hollywood, produksi Bollywood. Itulah gambaran ringkas filem Hidden arahan Sameet Baadkhar terbitan N’Six Entertainment Ltd yang beribu pejabat di Mumbai, India. Apa yang menarik, filem ini akan mempertemukan primadona filem Malaysia Erra Fazira bersama Christopher Atkins yang pernah bergandingan dengan aktres jelita Brooke Shields dalam filem sensasi The Blue Lagoon pada 1980.
 Poster filem Hidden lakonan Erra Fazira dan Christopher Atkin.
Filem ini menggunakan 80 peratus Bahasa Inggeris dan selebihnya Bahasa Malaysia dan lebih kepada elemen misteri. Penggambaran telah dilakukan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.
Filem Hidden berunsur misteri dan seram
Sinopsis filem Hidden
“Watak yang ditawarkan kepada Erra adalah seorang ibu tunggal beranak satu bernama Dian. Selepas berkenalan dengan berkahwin dengan penulis (lakonan Christopher), seorang duda, hidup Dian dan anaknya itu mula dilanda pelbagai kejadian misteri sehinggalah anaknya mati.

Pelakon Malaysia Elaine Daly terlibat sama dalam filem Hidden

Barisan pelakonnya filem Hidden arahan Sameet Baadkhar ini ialah Christopher Atkins, Erra Fazira, Elaine Daly, Shawar Ali, Karlos, Shazad, Shona.                                                    
Mengikut maklumat di sini filem ini akan di tayangkan pada 13 Okt 2011(Tapi tak dengar pula promosi filemnya) Jika mengikut di FB pengarahnya filem ini akan ditayangkan pada 20 Okt 2011. Jadi sama-samalah kita tunggu bila tayangan sebenarnya. Jangan lagi tertangguh sudahlah. Rasanya dah lama betul filem ini tak terperap.

10 ulasan:

NADIA RAJAMI berkata...

wahh..cam best je..:)

Tanpa Nama berkata...

wah, macam best jek.. huhu~

Tanpa Nama berkata...

Eh, sama komen lah.. dem!

RinnAzrinah berkata...

rase2 cam ade tgk iklan citer nih kuar kat tv... kalo x silap laa..

MH8625 berkata...

serious tertarik nak tgk citer nih.

Unknown berkata...

mcm bess ja cita ni.. ouu yeahh

Shacklesmith berkata...

cerita klu x silap sy dah lama buat..
sejak drpd tahun 2006/07 lg.. xcayer rujuk blog2 hiburan ngn majalah mse tuh..

bru nk kuar skrg rupenyer :D

KERAMBIT ASSASSIN'S

puanbee berkata...

lor ct promosi dia kat YS ade kan

Suzie berkata...

Agak2 keluar tak kat Astro First ke Unifi ke ...beli kat situ jelah jimat sikit ...heheh

Unknown berkata...

mesti nak tengok filem ni.. nampak menarik... filem ni sebelum Erra kahwin dgn Tg Emran nih...