Jumaat, 14 Oktober 2011

Video Fenomena Musytari-Nampak Jelas Di Kota Kinabalu

Planet Musytari atau Jupiter lazimnya hanya boleh dilihat menggunakan teleskop berkuasa tinggi. Namun malam tadi, planet berkenaan boleh dilihat jelas dengan mata kasar oleh orang ramai khususnya di Kota Kinabalu.


Planet Musytari (Gambar hiasan)
Imej planet Musytari ini dirakam di ruang angkasa Kota Kinabalu pukul 12 tengah malam tadi. Planet itu jelas kelihatan dengan cahaya amat terang di bahagian kanan bulan. Musytari adalah planet terbesar dalam sistem solar, 318 kali lebih besar dari Bumi.

Ketika ini, planet itu dalam kedudukan paling dekat dengan Bumi iaitu kira kira 628 juta kilometer. Selain bulan dan planet Zuhrah, Musytari adalah objek ketiga paling terang dalam sistem solar. Fenomena yang jarang berlaku ini dijangka berterusan malam ini, jika cuaca mengizinkan.
Video Fenomena Musytari

5 ulasan:

AyiLarimA berkata...

Subbanallah..
Cantik betul kekuasaan Allah.

Macam2 da Allah tunjuk dkt kita skang, kalu masih xsedar2, xtau laa..

puteraduyong berkata...

kebesaran tuhan kita...tiada yang mapu dipersoal... Allah Maha Besar...

Suzie berkata...

Subhanallah ....saya ada nampak juga tak ingat malam bila tapi memang terang ...

Tanpa Nama berkata...

kita dah dekat dengan hari kiamat.bertaubat lah selagi masih ad peluang

Tanpa Nama berkata...

kita dah dekat dengan hari kiamat.bertaubat lah selagi masih ad peluang