Sabtu, 1 Oktober 2011

Video perkahwinan Nabil dan Zira(bentuk Animasi)-Lu Fikir La Sendiri..

Kita dah tengok majlis pernikahan  Nabil dan pasangannya Zira. Sebelum itu juga kita dah tengok bagaimana Nabil melamar Zira dalam video The Proposal. Tapi yang membuatkan peminat dan semua orang suka ialah Kad kawin Eksklusif Nabil dan Zira yang begitu unik dan kretif. Ibarat buku cerita dongeng 'Alice in Wonderland' bentuk kadnya.

Hari ini satu lagi video dari style weddings mengenai perkahwinan Nabil dan Zira. Animasi ini telah ditayangkan semasa majlis makan beradap sambil tetamu menjamu selera di I-city di majlis resepsi Nabil dan Zira
Idea dan jalan cerita asal adalah idea dari Nabil sendiri. Style Weddings bertanggungjawab untuk design karakter dan menganimasikan jalan cerita tersebut.

“Kami menjalankan beberapa kajian terperinci dengan mengambil gambar vespa dan helmet Nabil. Kami juga menonton semula beberapa klip lawak Nabil seperti watak spiderman dan lagu latar yang pernah digunakan oleh Nabil dalam Maharaja Lawak untuk mendapatkan sentimental value terhadap video animasi tersebut kepada Nabil,” kata Sinan, selaku Pengarah Urusan Style Weddings.ohbulan