Rabu, 30 November 2011

Bayi Derita Usus & Hati Diluar-Ayah Tiba-tiba Hilang Penglihatan

Bayi yang baru sahaja berusia dua bulan kini terpaksa menanggung derita kerana dilahirkan dalam keadaan usus dan hati di luar badan (Omphalocele) menyebabkan pergerakannya terbatas.
Bayi usus dan hati di luar badan (Omphalocele)

Adik Iman Syafiq Azman yang menderita penyakit itu sejak dilahirkan hanya mampu tidur secara terlentang kerana tali pusat dan ususnya berada di atas abdomennya.

Anak kelima pasangan Azman Abdullah, 32, dan Norhayama Ramli, 29, itu memerlukan penjagaan rapi bagi menghalang sebarang jangkitan kuman.

Norhayama berkata, walaupun keadaan anak mereka seperti itu, namun sehingga kini Iman Syafiq berada dalam keadaan sihat seperti bayi normal lain.

“Pada usia kandungan 19 minggu, saya dimaklumkan bahawa bayi saya mengalami kecacatan dan selepas itu, kes ini dirujuk kepada Hospital Manjung dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Saya redha dengan ketentuan itu walaupun anaknya sebelum itu dilahirkan normal dan tidak ada sebarang masalah. Kami menerima takdir ini dengan hati terbuka dan tetap memberikan kasih sayang kepada Iman Syafiq seperti anak-anak lain juga cuma penjagaannya perlu lebih teliti bimbang bahagian usus di luar dijangkiti kuman,” katanya.

Sementara itu, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga suaminya, Azman tiba-tiba hilang penglihatan dan terpaksa mengambil cuti sakit serta menambahkan lagi penderitaan keluarga berkenaan.

Bagi meringankan beban keluarga itu, Mohd Zaim yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit mengesyorkan bayi itu itu dirujuk kepada Pusat Pakar Ipoh (ISC) dengan segala kos rawatan ditanggung bersama oleh Dun Belanja dan Dun Bota.


3 ulasan:

NzA berkata...

kesiannya.....

Munn Jaafar berkata...

kesian...dh jatuh di timpa tgga pulak..

Unknown berkata...

subhanallah...