Rabu, 9 November 2011

Chef Riz palsukan Profil Peribadi untuk jadi Juri MasterChef Malaysia

 Mohd Nadzri Redzuawan atau lebih popular dikenali sebagai Cef Riz, merupakan salah seorang hakim program televisyen MasterChef Malaysia. Tetapi, Cef Riz kini berhadapan dengan dilema ekoran dakwaan beberapa pihak bahawa dia memberi butiran palsu mengenai pengalaman kerjayanya.


Dalam profil MasterChef yang diperoleh dari laman web Astro Ria, dia mendakwa pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat, tetapi pemeriksaan menunjukkan sebaliknya.

Anak kepada selebriti tempatan Redzuawan Ismail, yang popular dengan panggilan Cef Wan, mendakwa pernah bekerja sebagai "chef de cuisine" — yang turut dikenali sebagai ketua cef — di restoran milik Mario Batali, Babbo di New York ketika berusia 22 tahun.

Batali merupakan seorang cef Amerika yang terkenal dan memiliki restoran di New York, Los Angeles, Las Vegas dan Singapura serta pernah muncul dalam siri televisyen "Iron Chef America".

"Dakwaan ini tidak betul. Encik Nadzri tidak pernah bekerja dengan Babbo," kata pengarah komunikasi Batali, Pamela Lewy, dalam respons menerusi e-mel semalam.

Ketika dihubungi, Cef Riz menegaskan dia pernah bekerja di Babbo.

"Saya pernah berada di sana selama setahun, dari Januari 2005 hingga Disember 2006," katanya.

Dia yang berusia 29 tahun sekarang juga memberitahu The Malaysian Insider pernah bekerja sebagai "sous-chef" di Le Bernardin di bawah pimpinan Cef Eric Ripert.

"Sous-chef" merupakan orang kedua dalam penyeliaan dapur dan secara langsung membantu ketua tukang masak.

"Saya berehat sementara sebelum menyertai Le Bernardin selama dua tahun. Saya berada di sana dari Mac 2006 hingga Julai 2008," katanya ketika dihubungi menerusi telefon.

Pegawai seranta Le Bernardin, Jackie DeGiorgio memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau akan memberi respons selepas membuat penelitian dengan restoran tiga bintang Michelin.

Apabila dimaklumkan bahawa jurucakap Batali menafikan dakwaannya, Cef Riz memberitahu: "Aiyoh! Sungguh aneh. Saya akan teliti dengan mereka."

MasterChef Malaysia, mirip rancangan realiti masakan MasterChef yang mencetuskan fenomena di kalangan penonton di seluruh dunia, memulakan musim pertamanya menerusi Astro Ria sejak 22 Oktober lalu.

MasterChef Malaysia dilaporkan satu program realiti masakan yang memberikan inspirasi serta peluang kepada cef baru mencungkil bakat mereka dalam bidang sajian di samping mendapat latihan daripada tukang masak profesional.

Seramai 40 orang peserta terpilih menyertai pertandingan MasterChef Malaysia

Permohonan Maaf dari Chef Riz kepada peminatnya


3 ulasan:

Puan Kutu berkata...

adui2 macam2..harap2 tak betullah yer..

Jendela Hati berkata...

ala tak nak lah main tipu2... tgh syok tgk program nie huhu

Sam Banjamin berkata...

ayoyo... ini mcm punya hal pun boleh berlaku ka... bikin malu la kalau betul cerita ni.. cian datuk cep wan...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/