Khamis, 3 November 2011

Denda RM5,000 miliki Buku Seks Islam

Kerajaan akhirnya mengharamkan buku kontroversi "seks Islam" yang diterbitkan Kelab Isteri Taat.
Muka depan buku Seks Islam terbitan Kelab Isteri Taat
Sesiapa yang memiliki buku karangan balu kepada pengasas al-Arqam Ashaari Muhammad itu boleh didenda sehingga RM5,000, laporThe Star. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Aziz Md Nor dilaporkan berkata, ia diharamkan kerana buku itu dikeluarkan oleh pertubuhan yang mempunyai hubungan jelas dengan al-Arqam.

Oleh kerana pergerakan itu diharamkan, segala yang berkaitan dengannya, termasuk kelab dan buku, turut juga haram, katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Inggeris itu.

Cara kuatkan otot rahim(masalah peranakan jatuh) dengan VibranceKegel

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini dilaporkan menimbang untuk menyekat pengedaran buku tulisan Hatijah Aam yang didakwa menonjolkan seks dengan cara tidak beradab itu.

Kelab Isteri Taat mengehadkan jualan buku setebal 115 halaman itu kepada anggotanya yang telah berkahwin sahaja dengan harga RM50. malaysiakini.com

3 ulasan:

rebellion berkata...

Hatijah Aam, kali pertama aku dengar nama ni, kene beware jugak dengan buku tulisan dia ni

~~zAnAfAhMi~~ berkata...

bagi akak la, takyah ada buku pun takpe, dlm internet mcm2 ada cuma jgn silap baca, sudah.

Golden Rose berkata...

kata Islam tapi lebih mengutamakan seks....seks ghaib plak tu...hmm mcm2 cara org memesongkan ajaran Islam yg sebenar...disebabkan org2 sebeginilah Islam disalahtafsir oleh non Muslim

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/