Khamis, 24 November 2011

Gambar anak Sulung Imam Muda Asyraf

Imam Muda Asyraf dan isterinya, Nurhusna telah menyambut kelahiran anak sulungnya pada 18 November yang lalu. Bayi seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.
Imam Muda Asyraf dan NurHusna bersama bayi sulung mereka
Asyraf akan membuat majlis aqiqah untuk anaknya secara kecil-kecilan di surau berdekatan rumahnya di Sungai Besi. Menurutnya lebih elok jika nama anaknya diumumkan pada hari ketujuh memandangkan dia dan isteri, Nurhusna Yusof merancang untuk melakukan majlis aqiqah anak mereka.

Anak sulung Imam Muda Asyraf
“Bagi yang tidak merancang untuk membuat aqiqah hari ketujuh, sunat memberi nama pada hari kelahiran tetapi bagi yang merancang membuat aqiqah pada hari ketujuh, sunat memberi dan mengisytiharkan nama pada hari ketujuh.

“Jadi, saya akan mengisytiharkan nama anak kepada semua pada esok (Khamis). Tetapi kemungkinan saya akan mendaftar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara pada hari ini,” kata Asyraf ketika dihubungi  mstar Online, Rabu.

Up date: Nama Anak Imam Muda Asyraf ialah  Muhammad Aisy Raihan..bmaksud Terpuji Kehidupan haruman syurga..
percutian yang best sempena cuti sekolah



1 ulasan:

qaseh tia berkata...

comel kan asyraf ni..eh anak dia comel kan.. isteri dia pon comell..comell comell sumenya...