Ahad, 13 November 2011

Gambar Majlis Persandingan/Resepsi Lan A To Z dan Siti Nur Ain

Anggota kumpulan trio A To Z, Lan atau Norazlan Abdul Aziz berasa bertuah kerana perkahwinan kali keduanya dengan Siti Nur Ain Daud 100 peratus ditaja oleh beberapa pihak termasuklah pada majlis akad nikahnya.
Lan A To Z dan Siti Nur Ain bersanding
Menurut Lan, 42, dia juga bersyukur kerana selepas empat tahun menduda akhirnya dipertemukan jodoh dengan isterinya itu yang 18 tahun lebih muda daripadanya selepas mereka dinikahkan di Masjid Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baharu, Selangor pada pukul 11.20 pagi.
                                       
“Semua perbelanjaan untuk mengadakan majlis akad nikah sehinggalah ke kenduri kendara perkahwinan saya ini ditaja oleh beberapa pihak. Daripada segi kad jemputan kahwin, pakaian bersanding, pelamin dan makan minum untuk hadirin semuanya ditaja oleh pihak-pihak terbabit.


Majlis persandingan Lan A To Z penuh dengan warna-warni
 Lan dan Siti Nur Ain selamat diijabkabulkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Hulu Selangor, Zulkhairi Jaid dengan mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM11,111. Majlis resepsi pasangan itu diadakan di Dewan Daerah Kuala Kubu Baharu.
Pelamin persandingan Lan A To Z
Majlis diserikan lagi dengan Silat Gayung Ma’rifat . Pengantin tiba dengan kereta kuda, dan terdapat persembahan tarian tradisional Melayu, kuda kepang, serta upacara merenjis, tepung tawar dan makan beradab.
Lan A To Z dan Nur Ain menaiki kereta kuda






Upacara memotong pulut kuning

































Gambar dari ZPD-pictures dan Norazlan Abdul Aziz

Tiada ulasan: