Khamis, 24 November 2011

Isu Penarikan Trofi Yuna-Kesilapan Syarikat Auditor Ernst & Young

Penganjur AIM 18, RIM menyatakan kesilapan pemberian trofi bagi kategori Lagu Terbaik kepada Yuna tempoh hari berpunca daripada syarikat auditor bertaraf antarabangsa yang dilantik, Ernst & Young.
Trofi Yuna ditarik balik
Mengikut syarat-syarat kelayakan, pemenang Lagu Terbaik sepatutnya dimiliki oleh salah seorang daripada 4 pemenang kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik & Lagu Rock Terbaik.

Yuna yang bertanding di bawah kategori Lagu Pop Terbaik gagal memenangi trofi tersebut, lantas menimbulkan kemusykilan apabila menerima trofi Lagu Terbaik, tempoh hari. Penganjur tidak menolak bahawa Yuna mendapat markah tertinggi dalam penjurian tapisan ketiga, namun atas sebab kriteria yang ditetapkan, markah tersebut tidak diambil kira.

Atas sebab itu, trofi Lagu Terbaik dianugerahkan semula kepada pemenang yang sepatutnya, lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, ciptaan Edry Abdul Halim.

Wakil Ernst & Young mengaku bahawa kekeliruan itu berpunca daripada kesilapan pekerja yang tidak berpengalaman dengan sistem penjurian AIM 18.

“Ini adalah kesilapan pertama selepas 18 tahun bekerjasama dengan RIM. Kami berani tampil untuk memperbetulkan kesilapan bagi menjaga reputasi dan hubungan,” ujar Ahmad Zahirudin Bin Abdul Rahim, rakan kongsi Ernst & Young.

Zahirudin menambah lagi, “Kami ingin merekodkan permohonan maaf ikhlas atas sebarang kesulitan yang dialami.”

Rosmin Hashim, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 menyatakan, “Pembetulan anugerah ini tidak bermaksud menafikan pencapaian cemerlang Yuna setakat ini. Dan sebagai persatuan industri rakaman kolektif Malaysia amat berbangga dengan pencapaian beliau sebagai seorang artis dan pencipta lagu Malaysia dan semestinya akan menyokong beliau serta semua artis dalam industri muzik. Pengiktirafan sepenuhnya juga harus diberikan kepada ikon-ikon muzik Malaysia kami, Anuar Zain dan Edry Abdul Halim untuk kemenangan ‘Sedetik Lebih’ sebagai Lagu Terbaik.” ohbulan

Apa kata Anuar Zain di sini. Komen Edry pula di sini. Juga surat penjelasan Ernst&Young


7 ulasan:

Daddylicious berkata...

kesian yuna...:)

NzA berkata...

alahai kesiannya.....

Totie@Tomy berkata...

buruk siku kan dah bagi ambik balik..apasalahnya kalau bagi terus..

IntaNBerliaN berkata...

blh pulak buat kesilapan gitu..

Aida Azryn berkata...

camtu pulak? adeh,, dah kasi dah.. takkan nak tari balik. aduyai..-_________-"

Tanpa Nama berkata...

kpd semua peminat industri muzik..lps ni kalau AIM buat undian melalui peminat, jgn undi,membazir duit kita je... diaorg ni wat kerja sambil tutup mata...kira undi pun x btl....kecian artis yg x bersalah dimalukan mcm ni....

Unknown berkata...

buat malu jer EY nih... dah tahu program ni berprestij, buat apa yg hantar staff baru yg x diguide closely..
kalo kakyong memang siap la staff tu sekali dgn supervisornya sekali smash kaw2 punya... kakyong dulu x-staff EY juga.. so memang geram kalo staff buat salah yg tak sepatutnya..