Sabtu, 12 November 2011

MTV terbaru PATAH SERIBU-Lakonan Shila Amzah &Sharnaaz Ahmad


Penyanyi Shila Amzah meminta pelakon Kasih Alia Sharnaaz Ahmad untuk berganding dengannya dalam klip video Patah Seribu. Shila dan keluarganya mula menyukai lakonan Sharnaaz terutamanya ketika menonton drama Ungunya Cinta yang ditayangkan oleh TV3. Dalam pada itu, Shila mengakui gementar untuk berlakon kerana ini merupakan kali pertama dia beraksi di hadapan kemera biarpun hanya 10 adegan saja," tuturnya.


Video klip yang dijangka akan dikeluarkan bulan depan ini mengisahkan tentang percintaan dua darjat yang tidak kesampaian. Sementara menantikan kemunculan video terbaru Shila dan Sharnaaz tersebut ini adalah lirik lagu Patah Seribu dan videonya

Patah Seribu
Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku
Dengan nota-nota cinta buat kita berdua
Bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah


 
  

2 ulasan:

kak zmah berkata...

Lagu baru/video baru...pelakon baru

Hani Mansor berkata...

Saya suka lagu ini ketat2!

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/