Khamis, 3 November 2011

Sinopsis dan Pelakon Hollywood dalam Filem Vikingdom

Bukan hanya pelakon utama, pelakon tambahan juga bukan daripada kalangan rakyat Malaysia. Pelakon tambahan warga Malaysia hanya sedikit sahaja, yang lain semuanya diimport dari Bangkok, Thailand. Pelakon lagak ngeri pula dari Australia.
Selain dari Dominic Purcell (Prison Break) yang berlakon dalam filem Vikingdom, ada ramai lagi bintang Hollywood lain turut berlakon dalam filem arahan Yusry Abd Halim itu. Pelakon Hollywood itu ialah Natassia Malthe (Bloodrayne, Elektra), Jon Foo (Tekken), Craig Fairbrass (Cliffhanger) and Conan Stevens (The Hobbit)
 Dominic Purcell (Prison Break) dan Jon Foo (Tekken)
Filem Vikingdom ini dibuat secara 3D dan akan menelan bajet lebih daripada RM10 juta. If you are a thrillseeker, you should try
Natassia Malthe (Bloodrayne, Elektra) dan Conan Stevens (The Hobbit) 
Sinopsis Filem Vikingdom 3D
Filem Vikingdom dihasilkan daripada zaman pertarungan besi yang telah membawa pertembungan antara sejarah dan mitos maka terhasillah “Vikingdom”. Diterajui oleh bintang-bintang aksi terkenal daripada Hollywood dan berkonsepkan aksi pengembaraan yang memaparkan elemen sejarah beserta mitos Viking diperkayakan dengan aksi pertarungan seni dan di perindahkan dengan garapan visual efek yang menunjukkan keadaan sebenar di zaman itu. Vikingdom penuh dengan elemen teknik produksi CGI dan 3 Dimensi (3D). Use your head to play this game… I'm serious.. your head
 Craig Fairbrass sebagai Thor dalam Filem Vikingdom 
Kisah bermula dengan kehadiran kapal-kapal Viking di Lindisfarne yang diketuai oleh Thor, untuk menawan tentera purbakala sebagai hamba mereka. Thor harus dihapuskan dan hanya seorang wira yang memiliki kuasa kebal yan boleh melawannya iaitu Eirick dari Jomberg. Eirick ialah seorang pemburu yang biasa dengan hidupan liar dan alam sekitar. Berita tentang serangan Thor disampaikan oleh Frey kepada Eirick untuk menghakang Thor daripada berjumpa dengan Horns of Odin dari Gate of Souls. Frey juga meminta Eirick mengetuai angkatan tentera Jomsberg Viking untuk menentang Thor yang bersekutu dengan Trondelag Kings.

Eirick diiringi oleh teman baiknya iaitu Sven dan Yang, hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudiannya menentang angkatan tentera pimpinan Thor.

Teknik pembikinan filem Vikingdom ada persamaan dengan filem 300 di mana penggambaran dilakukan di dalam studio pentas bunyi dengan kegunaan teknik CGI bagi menghidupkan suasana “surreal” bagi filem aksi ini.budiey.com


3 ulasan:

Unknown berkata...

wow.. produksi dari malaysia tp pelakon semua import.. hmmm,...

FaKArePa!n berkata...

@kakyong mmg kena buat camni kalau nak tembus pasaran Hollywood..

Razil Tahir berkata...

hm... tak kesah la pelakon dia sapa... yang penting, tue karya nak malaysia...n he wants his karya to be like that... it's his right...

Let's just pray the best for him!! XD