Rabu, 21 Disember 2011

AC Mizal & Eizlan Yusof Dapat Gelaran Dato' Dari Sultan Pahang

Bila baca info ini baru tahu yang selama ini AC Mizal belumlah secara rasmi mendapat gelaran Dato'. Sebab melalui akaun twitter AC Mizal terpampang nama profilnya Dato' AC Mizal.
Eizlan Yusof dan AC Mizal bakal dapat gelaran Dato'
Selepas ini terjawab sudah persoalan sama ada AC Mizal benar-benar terima anugerah Dato’ seperti di dakwa selama ini. Selain dari AC Mizal difahamkan pelakon Eizlan Yusof juga dikhabarkan bakal dianugerahkan gelaran Dato' oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Eizlan Yusof dan AC Mizal dapat gelaran Dato' dari Sultan Pahang

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran tersebut akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang Darul Makmur bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah ke-81 pada Khamis.

Menjawab tentang isu gelaran Datuk itu, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, berkata surat pengurniaan berkenaan sebenarnya sudah diterimanya sejak sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-79 lagi.

Bagaimanapun, upacara pengurniaan kepadanya itu tertangguh kerana dia perlu mengikut giliran senarai penerima darjah kebesaran itu sebelum ini sehingga mencetuskan pertikaian di kalangan orang ramai.
Gambar dari   mforum.cari.  berjaya mendapatkan beberapa keping foto sekitar raptai untuk majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di Pahang. Baca lagi di  rotikaya  dan  myartis

Tip mudah bagi wanita yang inginkan perubahan untuk tahun baru
 

8 ulasan:

Niza Romli berkata...

tahniah kpd mereka berdua...rezeki masing2 :)

LydSunshine berkata...

Salam, boleh mintak kongsi berita ni tak? :)

ain akasyah berkata...

nape eizlan pun dapat gelaran datuk ek?

shazlynn fazlynn berkata...

wah tak sangka mereka berdua ni dapat...rezeki kan ;)...

ct N honey berkata...

@Niza Romli
betul tu..

ct N honey berkata...

@LydSunshine
silakan,maaf lambat bagi resport

ct N honey berkata...

@ainol akasyah
kurang pasti pula kriteria pemilihan gelaran dato' ni

ct N honey berkata...

@shazlynn fazlynn
orang dah bagi, sapa tak nak dpt gelaran