Jumaat, 16 Disember 2011

Facebook akan bertukar ke Facebook Timeline pada 22 Disember ini.

Sebenarnya dah lama tahu pasal Timeline ni,tapi tak ambil pusing pun. Walaupun tiap-tiap hari menghadap FB, tapi cuma tengok status rakan-rakan aje, tak adalah nak usik atau tukar setting FB yang telah sedia ada.

Contoh Facebook Timeline
Tapi bila dapat tahu yang Timeline ini akan dilancarkan pada 22 Disember 2011, barulah nak sibuk-sibuk ambil tahu. Ada juga rakan FB yang telah mencuba Timeline ini dan bercerita tentang kebaikan dan kekurangannya. Bagi sesiapa yang hendak tahu apa itu Timeline,  ini ada info dari blog penulissenja. Di bawah ini adalah secara ringkasnya aje, kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah ke blog beliau.


Facebook Timeline atau dalam bahasa Melayu yang bermaksud kronologi. Ia membenarkan seseorang untuk melihat segala status anda dari hari pertama anda menggunakan facebook. Facebook telah mengumumkan penggunaan facebook timeline ini secara meluas bermula pada 22 Disember 2011.  Pengguna tetap tiada pilihan untuk menggunakan fungsi yang asal kerana facebook mempunyai kuasa mutlak untuk buat apa sahaja, maklumlah kita pun gunakan FB secara free aje. 

Penggunaan facebook timeline ini sebenarnya tidak banyak berbeza dengan profile yang asal. Kelebihan facebook timeline ini, anda boleh scroll ke bawah profile dan melihat status status anda yang lama. Juga anda boleh memaparkan “cover” atau banner yang terletak pada bahagian paling atas profile itu. Saiz cover yang baik adalah berukuran 851px x351px. Penambahan cover ini seolah-olah anda mempunyai laman sendiri seperti di dalam blog.



Jadi bertukarlah sekarang. Dapatkan maklumat di sini kenapa anda perlu menukar Facebook Timeline sekarang, sebelum dilancarkan pada 22 Disember ini.

Nak lihat contoh facebook timeline dan bagaimana facebook timeline berfungsi klik   facebook timeline


8 ulasan:

Puan Kutu berkata...

asyik tukar jer fb nie.dah la malas nak godeh..:)

En. Kronik berkata...

malas nak cakap pape. ikut je la

Muaz Faris berkata...

saya pun kongsi perkara yang sama.. thanks ye,

http://www.muazfaris.com/2011/12/facebook-timeline-kebaikan-dan.html

jeff berkata...

thanks refer to my blog.but i found a blog same content with this post.saya tak tahu sape copy sape.atau awak mempunyai blog lain bernama ellowfriends dot blogspot.harap masing2 jujur pada diri masing-masing.

ct N honey berkata...

@Puan Kutu
samalah kita

ct N honey berkata...

@En. Kronik
apa nak buat,kitapun guna free aje..

ct N honey berkata...

@Muaz Faris
ok saya dah baca

ct N honey berkata...

@jeff
mungkin orang tu lupa nak bagi link saya kot,..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/