Rabu, 14 Disember 2011

Fasha Sandha & Gaun Pengantinnya-Bakal Berkahwin Mac 2012.

Semua dah tahu tentang hubungan percintaan Fasha Sandha dan Rizal Ashram atau Jejai. Walaupun dilanda berbagai halangan, namun percintaan mereka nampaknya semakin hangat.
Fasha Sandha bakal berkahwin tahun depan 
Bila dah hangat bercinta tu, mesti ramai pula yang tunggu bila pula Fasha Sandha dan Jejai akan naik pelamin. Mestilah lebih bermakna satu hubungan percintaan itu diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Menurut satu gossip di  rotikaya Fasha Sandha telah mencuba sepasang gaun pengantin, yang bolehlah dianggap salah satu gaun pengantin yang bakal di pakai di majlis perkahwinannya nanti.  Perkahwinan Fasha Sandha  dan Rizal Ashram(Jejai)  di’khabarkan bakal berlangsung sekitar tarikh ulangtahun kelahiran Fasha Sandha iaitu 28 Mac 2012.
Adakah ini Baju Pengantin Fasha Sandha?
Kalau betullah gossip ini, adakah majlis perkahwinan Fasha Sandha nanti akan ditaja?  Maklumlah sebagai  pelakon yang cantik dan glamour mesti ramai yang sanggup menaja perkahwinan mereka. Kita tunggu ajelah nanti khabar yang sah dari Fasha Sandha. Harap-harap betullah ye.....

6 ulasan:

Misz-ella berkata...

Elok la dia kawin dengan Jejai tu. dn hrp-hrp lepas kawin nnt fasha sanda tak lagi terkenal dgn kisah2 kontroversi.

Suzie berkata...

Bila dia berlakon menjadi je tapi bila bab gossip dia rasa malas je nak tengok dia berlakon

Dee berkata...

cantik gaun pengantin tu...

Jendela Hati berkata...

dorang sambung cinta balik ke

safwanmahzin berkata...

like 2 this

Myra Jay berkata...

Cantik gaun Fasha nieh :)