Jumaat, 23 Disember 2011

Gadis Disangka Mati Semasa Tsunami Aceh Pulang Selepas 7 Tahun

Tarikh 26 Desember 2011 ini, genap tujuh tahun musibah gempa dan tsunami melanda Aceh. Namun tahun ini  menjadi kebahagian bagi pasangan Tarmius (42) dan Yusnidar (36), warga Lorong Sangkis, Desa Ujong Baroh, Kecamatan Johan Pahlawan, Aceh Barat ini.
Tujuh tahun selepas dihanyutkan ke laut pada 2004 dan disangka mati, Meri Yulanda atau Herawati (16) mangsa tsunami Aceh yang berusia 15 tahun muncul di kampung halamannya dan disatukan semula dengan ibu bapanya.

Pada Rabu lalu, rakan kepada datuk gadis itu, Ibrahim, menemuinya duduk bersendirian di sebuah kedai kopi dan membawanya pulang ke rumahnya di bandar Meulaboh.

Apabila ditanya, dia berkata dia datang dengan menaiki bas dari Bandar Aceh dan cuba mencari jalan pulang ke rumah tetapi tidak tahu caranya.

Gadis itu berkata dia tidak dapat mengingati nama saudara maranya kecuali Ibrahim, membuatkan datuknya itu terfikir yang gadis ini mungkin cucunya yang lama hilang.

Berikan nama & muncul dalam single terbaru YUNA.Senang sahajakan

“Sejak ditemukan pertama kali saya masih ragu, tetapi setelah dilakukan pemeriksaan pada beberapa tanda pada bahagian tubuh Meri yakni bahagian luka di perut dan tahi lalat di mata, maka saya yakin bahwa Meri merupakan akan kedua saya yang pernah hilang pada musibah tsunami lalu bersama kakaknya yang bernama Yuli,” ujar Yusnidar.

Menurut Yusnidar, saat musibah tsunami lalu pada 26 Desember 2004 lalu, dirinya lari bersama tiga anaknya dan suaminya, lalu Meri dan Yuli diletakkan pada sebuah rumah yang lebih tinggi, sehingga rumah itu dihentam sehingga dirinya berpisah dan tidak pernah bertemu lagi dengan dua anaknya itu.

Sedangkan yang selamat adalah adik Meri, bernama Ari yang waktu itu baru berumur 1,5 tahun. Namun selepas musibah itu, dirinya bersama suami terus mencari kedua anaknya yang hilang tetapi tidak pernah ketemu.

Ia mengatakan, anaknya masih trauma sebab dari pengakuan Meri bahawa selama ini di Banda Aceh dibesarkan oleh seorang perempuan diperlakukan kasar dan sering dipukul serta kepala dibotakkan dan dijadikan sebagai pengemis di Banda Aceh

Meri tidak berani melarikan diri. Namun dia nekad pada Selasa lalu dirinya melarikan diri sehingga sampailah ke Meulaboh.

“Nama dia sebenarnya Meri dan selama ini diganti nama oleh perempuan yang membesarkan dia itu dengan nama Herawati,” kata Yusnidar. tribunnews.com

3 ulasan:

Cik tikah berkata...

umurnya masih panjang :)

Rean berkata...

kenapa selepas 7 tahun?huhu

FaKArePa!n berkata...

kesian dia..