Isnin, 12 Disember 2011

Gambar Majlis Perkahwinan/Resepsi Ana Dahlia & Chef Riz di Taiping,Perak.

Pasangan Chef Riz dan Ana Dahlia telah bertunang pada awal bulan Oktober yang lalu. Semalam pula (11.Dis.2011) majlis pernikahan bagi mereka berdua telah diadakan.












Lhmediatv 
Seramai lebih kurang 50 orang rombongan dari pihak lelaki telah hadir memeriahkan majlis pernikahan Ana Dahlia dan Chef Riz. Majlis turut diserikan dengan kehadiran bapa Chef Riz iaitu Datuk Chef Wan, ibunya dan juga kakaknya, Serina bersama suami. Majlis pernikahan telah diadakan di kediaman Ana Dahlia di Batu 8 Changkat Jering, Taiping, Perak.
Majlis perkahwinan Ana Dahlia dan Chef Riz di KamalBina Taman Tasik Taiping

Semasa majlis pernikahan, Ana Dahlia telah menerima sembilan dulang hantaran berupa sirih junjung, kain French lace, kek, clutch berjenama Farah Khan, jam tangan Guess, cokelat Patchi, buah-buahan, set haruman Davidoff, kaca mata jenama Gucci.
Acara potong kek Ana Dahlia dan Chef Riz
Manakala Chef Riz menerima 15 dulang hantaran yang terdiri daripada jam tangan Guess, i-Pad, BlackBerry, kasut, haruman Davidoff, tali pinggang Gucci, dua pasang persalinan lelaki, clutch Charles& Keith, set penjagaan wajah Biotherm Homme, dua pasang kasut Valentino Rudy.

Got a crush on someone? Ask her out for Movie Night!

Dalam ucapan ringkas sempena perkahwinannya itu Chef Riz berkata, dia sangat gembira dengan perkahwinan itu dan berterima kasih kepada kakaknya, Serina yang telah memperkenalkan dirinya dengan isterinya itu.

Dia juga tidak kisah jika isterinya itu memilih untuk terus terbabit dalam bidang lakonan dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata dalam masa dengan segera.

Datuk Chef Wan pula telah menghadiahkan Chef Riz dengan percutian ke Melbourne Australia sebagai hadiah bulan madu buat mereka berdua. 
Pelamin Perkahwinan Ana Dahlia dan Chef Riz di Taiping
Untuk majlis Resepsi/Persandingan Chef Riz dan Ana Dahlia pula telah diadakan di KamalBina di Taman Tasik Taiping pada pukul 8.00pm. Majlis Resepsi/Persandingan itu berkonsepkan CERMIN AJAIB SNOW yang telah diilhamkan oleh CheDet Butik Nasha.

Gambar dari CheDet Butik Nasha dan FB Ana Dahlia





9 ulasan:

pena rozie berkata...

Tahniah....

Hudalatip berkata...

suka dengan pasangan ini..

Unknown berkata...

wah buat kenduri dekat kg sy..kirenya ana dahlia tu org tepeng la eh..hehe

Suzie berkata...

gambar x clear sangat kan...tapi tahniah

kak tie berkata...

bagai pinang dibelah 2,sama cantik sama padan...:)

Unknown berkata...

Tahniah,, but saya jealous. hahaha

Cho Zila berkata...

tahniah .. chef rizz dan isteri.. gitu gak chef wan selamat dapat menantu...

Puan Kutu berkata...

semoga berbahagia hendaknya chef kita ngan pelakon itu.hehe

Nur berkata...

Dah selamat dah pun ya. Semoga berkekalan perkahwinan mereka. :)