Selasa, 13 Disember 2011

Kenali Kumpulan Aerobatik Pertama Malaysia-KRISAKTI

Krisakti adalah hasil gabungan syarikat Aerotree Defence&Services Sdn. Bhd. dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Ia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena perasmian LIMA'11 pada 6 Disember lalu.
Barisan juruterbang Krisakti di LIMA'11
Krisakti diketuai bekas jurutebang tempur Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM), Datuk Halim Othman 'Toogo', anggota lain terdiri dari  Leftenan Kolonel Ghazali 'Gooroh', Mejar K.L Goh 'Pacman', Mejar John Sham 'Scratch', Mejar Indra 'Fobey', Mejar Shamsul 'Bow Tank' dan Mejar Rahim' Blade'.

Kesemuanya merupakan juruterbang berpengalaman Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Mereka pernah mengendalikan pesawat pejuang seperti MIG-29N, F/A-18D Hornet, Hawk 200, Aermacchi MB339 dan A4-Skyhawk PTM dengan masa penerbangan melebihi 2,000 jam.

Aksi Krisakti di LIMA'11
Selain Datuk Halim Othman dan enam juruterbang profesional, Krisakti disertai 14 yang lain terdiri daripada jurutera, juruteknik dan pegawai pengurusan.

Turut bertindak sebagai jurulatih Krisakti, Datuk Halim Othman yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Aerotree berkata, keinginan untuk membuktikan keupayaan juruterbang tempatan menyebabkan beliau mengambil tanggungjawab menubuhkan pasukan itu.

Semua ahli Krisakti mengambil  masa selama enam bulan untuk berlatih bagi menajamkan kemahiran aerobatik. Ini diikuti latihan intensif di Sywell Aerodrome, Northhamptonshire, United Kingdom,bersama pasukan aerobatik The Blades. The Blades dibarisi bekas juruterbang aerobatik terkenal Red Arrows.

Pasukan itu membuat kemunculan sulung di Langkawi  menggunakan pesawat ringan, Extra 300L buatan Jerman yang merupakan pesawat aerobatik terbaik dunia.

Sehingga kini Krisakti telah mencatat 20 jam penerbangan. Sepanjang LIMA'11, pasukan itu telah melakukan tujuh pertunjukan udara. Pada kelajuan 400 kilometer sejam, pelbagai formasi dilakukan di udara seperti loop, diamond, swan, line astern atau trumble flick.

Krisakti menggunakan pesawat Extra 300L
Formasi menarik yang dilakukan oleh Krisakti
Yang sangat membanggakan tidak sampai seminggu dilancarkan,Krisakti yang juga kumpulan aerobatik pertama Malaysia, sudah menerima sekurang-kurangnya lapan tawaran persembahan, termasuk dari luar negara.

Antaranya sempena persidangan Industri Pertahanan Antarabangsa Brunei(BRIDEX) selain Malaysia MotoGP, Malaysia F1 Grand Prix, Hari Kebangsaan dan Hari Angkatan Tentera Malaysia(ATM).
sumber kosmo&BMinggu Ahad 11/12/20111

Dapatkan maklumat lanjut  di http://www.krisakti.com


1 ulasan:

Alongxp berkata...

huwaaaa... proud to be Malaysian...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/