Ahad, 11 Disember 2011

Majlis Pernikahan Ana Dahlia dan Chef Riz

Dengan hanya sekali lafaz, Diyana Mastura Jaafar, 28, atau lebih dikenali sebagai Ana Dahlia kini sah bergelar isteri kepada Mohd Nadzri Redzuawan atau Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan, tepat jam 12.20 tengah hari tadi, di kediaman pengantin perempuan, Kg.Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.

Pernikahan Chef Riz dan Ana Dahlia


Majlis Pernikahan Ana Dahlia dan Chef Riz
Ana Dahlia yang berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 56, dinikahkan oleh Ustaz Hj Nawi Osman,57, Naib Kadi, Kg. Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.

Di majlis tersebut, Ana Dahlia menerima wang hantaran sebanyak RM20 ribu dengan mas kahwin RM1001.00 beserta 13 dulang hantaran dan dibalas sebanyak 15 dulang daripada pihak perempuan.

Ana Dahlia yang ditemui selepas acara akad nikah melahirkan rasa syukurnya kerana semua yang dirancang berjalan lancar.
Ana Dahlia memakai busana dari Fendi Dari Butik Syarakim
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada beberapa perkara yang diubah pada saat-saat akhir.

"Pastinya, detik ini menjadi satu hari yang bersejarah buat saya dan Riz kerana telah sah menjadi suami isteri," ujar Ana yang anggun dengan persalinan rekaan Fendi dari Butik Syarakim.

Selepas acara akad nikah, majlis persandingan akan diadakan pada sebelah malamnya bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

Selepas itu, majlis menyambut tetamu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Kg. Sg. Koyan, Pahang pada 18 Disember ini. 



Selamat Pengantin baru Ana Dahlia dan Chef Riz
Hanya sekali lafaz Ana Dahlia menjadi milik Chef Riz

Chef Wan,Chef Riz dan Ana Dahlia
Chef Riz menanti untuk majlis akad nikah
Pelamin pernikahan Ana Dahlia dan Chef Riz dari Butik Che Det
Sumber Media Hiburan.Gambar dari AleeyaStudio WeddingPhotographer juga FB Cef Wan dan Murai.com


7 ulasan:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

selamat pengantin baru....

oooo...ni la ana dahlia...tngk org kenai nama tak tau...hehehhe...tq ct sbb buat N3 ni...kalau tak sampai bila pun kakD tak tau nama dia...hehehhe....

Suzie berkata...

Baru tengok chef riz malam tadi...

Uji Hussein berkata...

Moga kekal ke anak cucu.

Sang Pemikir berkata...

sweetnya.

ct N honey berkata...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
la cam tu sekali kakD ye,pas ni dah tahulah menantu chef wan

ct N honey berkata...

@Suzie
kat masterchef ke?

ct N honey berkata...

@Scarlett O'Hara
hrp2 cam tulah, ana dahlia pun dah ada pengalaman....