Khamis, 15 Disember 2011

Sinopsis Drama Vanila Coklat Slot Lestary TV3

Cinta Elysa sudah sampai kepenghujungnya. Harap semua puas hati dengan 'Endingnya. Ramai juga yang barharap akan ada pula Cinta Elysa 2. Kalau bersambung mesti meletup drama tu lagi kan.

Drama yang akan mengambil alih slot Lestary menggantikan Cinta Elysa selepas ini adalah drama yang bertajuk Vanila Coklat yang di terbitkan oleh Asia Media Content.
Drama Vanila Coklat-Slot Lestary di TV3
Drama Vanila Coklat akan menemui penonton pada 20 Disember 2011, pada pukul 9.00 malam di TV3 pada setiap hari Selasa.

Drama Vanila Coklat mengisahkan tentang pelajar perempuan dan lelaki yang saling membenci antara satu sama lain tetapi dipaksa berkahwin. Atas permintaan keluarga, mereka akur, tetapi menetapkan perjanjian selepas enam bulan berkahwin mereka akan bercerai.

Apakah mereka akan jatuh cinta, terus membenci, memutuskan untuk bercerai atau bersama? Penonton perlu menyaksikan konflik yang akan dipaparkan menerusi drama ini.
Barisan pelakon Drama Vanila Coklat
Heroin dalam Drama Vanila Coklat ialah Izara Aisyah, manakala heronya Aiman Hakim Ridza (Aiman Mentor). Barisan palakon lain terdiri dari Iqram Dinzly, Arash Mohd, Emma Akma, Liza Dollah, Zuhairi dan Bella Darling.

  Sinopsis Episod Akhir Drama Vanila Coklat
Gambar dari  Asia Media Content 09

1 ulasan:

Wanz Mejuez berkata...

Awat Izara Aishah nampak chubby sikit dalam poster tu ehh?? >_<