Jumaat, 30 Disember 2011

Tak Dapat iPhone4s, Terima Hadiah Samsung Wave 3 Pun Jadilah.

Sekarang ini macam-macam jenama HP keluarkan versi terbaru mereka. Terus terang Ct bukanlah ambil tahu sangat tentang perkembangan gadget terbaru ini. Maklumlah duduk rumah aje, dapat HP murah pun dah ok, kalau kredit dah habis guna aje telefon rumah. Lagipun tak tahu nak call siapa, selalunya call hubby aje, tak pun call adik beradik dan ibu ayah di kampung.

Yang Ct tahu sekarang gadget terbaru cuma  iPhone4s   itupun sebab berminat bila baca iValue plan nya. Begitu juga dengan keluaran BlackBerry, best kalau dapat BlackBerry PERCUMA sebab sekarang ini ada peraduan di adakan.

Tapi semalam tak tahulah mimpi apa hubby bawa balik hadiah. Bila di ingatkan semula hadiah ulangtahun perkahwinan dan hadiah birthday dah dapat. Rasanya tak ada hari istimewa pun semalam.
Hubby kata tak tahu nak beli apa, dia bagi sampai 2 hadiah hbag Adidas. Yang best saiznya besar sesuai untuk yang ada anak kecik, letak diaper dan baju anak juga segala macam barang.
Tapi bila dah orang bagi hadiah terima ajelah. Walaupun tak dapat iPhone4s  ataupun BlackBerry dapat  Samsung Wave 3 pun ok juga. Tapi yang malas nak mengodek fungsinya. Dah biasa dengan HP yang lama NOKIA 5800.

Kalau nak baca tentang review Samsung Wave 3 boleh ke di sini. Manalah tahu berkenan pula.

Sebelum tu nak ucapkan terima kasih pada hubby sebab susah-susah aje hadiahkan HP ini. Kalau boleh lepas ini hadiahkan tiket percutian dari MAS pula, boleh bercuti bersama-sama.

15 ulasan:

Rin Saharina berkata...

wahh,lawa beg adidas color grey tu :)

FaKArePa!n berkata...

first time tgok samsung wave 3 ni..

Hudalatip berkata...

bertuah badan...:)

maksu berkata...

jeLEZZZZZ nyer...untungla..

mz berkata...

seronok gile.. tak nak pakai, boleh bagi saya..

muazfaris.com

Mr.J berkata...

i teringin nak cpu simple satu.. hehe. salam kenal dari seremban juga..

ct N honey berkata...

@saharinasaharudin
eh...terima kasih

ct N honey berkata...

@FaKArePa!n
samalah dgn saya,bila hubby beli baru tahu...

ct N honey berkata...

@Huda
sebenarnya hubby pun bukan selalu bagi hadiah..mungkin ada rezeki sikit,dia belikan hadiah

ct N honey berkata...

@Muaz Faris
hadiah dari orang istimewa tak nak pakai pun kena simpan,buat kenangan anak cucu

ct N honey berkata...

@Mr. J
oh ye...dari seremban rupanya...

Suzie berkata...

Wah ...hmmmm best .heheheh.

puanbee berkata...

telefon sy dah rosak , tengah survey nak beli hp apa , yg murah2 je lah hihihi .. entah bila nak beli pun .. malas mintak kat suami tu

ct N honey berkata...

@Suzie
sapa tak suka dpt hadiah...

ct N honey berkata...

@puanbee
ct tak mintak,tapi dah dibelikan terima ajelah...