Rabu, 21 Disember 2011

Terkini! Video Rancangan TV Menjijikkan-Pengacaranya Makan Daging Manusia

Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia. Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.

Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan. 

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’


“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” 

14 ulasan:

Cik Apa Saja berkata...

ayoiiii...........gelinye....yarkksss....diorg dah xde keje ke??adoiaiiii

safwanmahzin berkata...

yeyohh sangat2

Kak Ezzah berkata...

Eeeiii...macam dah takde benda yang nak dimakan...

maszull berkata...

assalamualaikum ...wekkkk gelinya...:)

sara pedrosa berkata...

kat jepun mkn tahi manusia, yg ni mkn daging mnusia..
takdok gamokk la..

Razil Tahir berkata...

takde kerja lain ke hape...?
hm...
tapi cmne rasa dia ek?
hohohohhohoho XD

.*.WiE.*. berkata...

dunia dah nak terbalik jadi zaman kanibal dah.. uwekkk.. loya tekak..

ct N honey berkata...

@Cik Apa Saja
dia ni nak naikkan rating rancangan tu,sbb tu sanggup buat cam ni

ct N honey berkata...

@safwanmahzin
ada yang sanggup?

ct N honey berkata...

@Kak Ezzah
ye lah kan,sanggup dia orang makan daging kwn sendiri

ct N honey berkata...

@maszull
mereka ni sanggup pulak kan..

ct N honey berkata...

@sara pedrosa
entah apa2 selera mereka ni

ct N honey berkata...

@Razil Tahir
minat gak ke nak rasa?

ct N honey berkata...

@.*.WiE.*.
mungkin dah terlampau byk sgt makanan sekarang ni,tukar selera pulak

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/