Rabu, 11 Januari 2012

Akibat Percaya Rokok Menthol Boleh Membunuh Sperma Gadis Mengandung Ditipu Teman Lelaki

Seorang remaja menyakinkan teman wanitanya yang juga di bawah umur untuk melakukan hubungan seks yang tidak dilindungi dengan memberitahu bahawa menthol dalam rokok akan membunuh sperma itu, sehingga menyebabkan gadis itu hamil.


Peter Mark Ng Jia Jun, kini merupakan askar sepenuh masa, mengaku bersalah kerana mempunyai hubungan seks dengan gadis di bawah umur 16 tahun. Kejadian itu berlaku ketika pelajar sekolah menengah itu berumur 15 tahun. Manakala Ng 19 tahun dan seorang penganggur.

Mereka pertama kali mengadakan hubungan seks pada bulan Mac 2010 dan beliau tidak menggunakan kondom. Apabila gadis bertanya mengapa, dia memberitahu bahawa dia merokok dan menthol didalam rokok  akan membunuh sperma.

Gambar hiasan

 Ujian paterniti mengesahkan bahawa ia adalah anak Ng. Bayi itu telah dijaga oleh keluarga gadis manakala gadis tersebut meneruskan pengajian di politeknik.

Mahkamah juga mengarahkan keluarga Ng membayar bon $ 5,000 untuk memastikan tingkah laku yang baik di dalam tempoh hukuman percubaan selama setahun. Ng boleh didenda sehingga $ 10,000 atau penjara sehingga lima tahun kerana mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak.sumber


3 ulasan:

Unknown berkata...

budak perempuan tu plak pkai percaye je cakap dak laki tu kan..huhu

::CIK LYNN:: berkata...

pmpn ni mst xbljar biologi...hehe

nizam berkata...

itulah masa budak2 tak digalakkan bergaul bebas...lemah daya pikir jadi macam tu la...