Sabtu, 21 Januari 2012

Awas! Ada Buaya Di Taman Rekreasi City Park, Seremban 2

Buaya tembaga yang didakwa ada di Taman Rekreasi City Park
Pengunjung taman rekreasi City Park, Seremban 2 di sini, bimbang berikutan wujud seekor anak buaya tembaga di dalam tasik berkenaan dipercayai dilepaskan individu tidak tanggungjawab sejak beberapa minggu lalu.

Difahamkan, reptilia itu biasanya dilihat keluar untuk berjemur di atas batu di tasik berkenaan sekitar jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Pengunjung, Abdullah Yaakob, 52, berkata, anak buaya itu timbul dan berlegar-legar di permukaan air hingga menimbulkan rasa takut pengunjung terutama kanak-kanak.

“Saya risau berikutan ramai kanak-kanak bermain di tasik buatan itu dan kehadiran buaya boleh mengancam nyawa mereka.

“Sehubungan itu, saya minta pihak berkuasa segera menangkap reptilia itu,” katanya.

Ct ada juga bawa anak-anak ke City Park ni. Mereka suka tengok ikan yang banyak dan besar-besar saiznya. Teruk betul perangai orang yang lepaskan buaya tu.




5 ulasan:

zety berkata...

saya pun ade pegi situ sekali dua.uish takut betul tengok ikan yang besar besar tu.ini ade buaya lagi takut rasenye

miss osixnine berkata...

yeke..cm xcy lak de buaya kt c2..br je mggu leps g sn

syaz@rozelt berkata...

scaryynyer..cepat la tgkp boya tu..huhu

saharinasaharudin berkata...

hee,apa motif org tu lepaskan buaya kat situ.hurm.irresponsible btol la
:(

Jendela Hati berkata...

lorh nape org tu buat camtu? ish bahaya le.. dok tgh ralit tgk ikan timbul binatang lain pulak.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/