Dapatkan Handmade Bag ct N honey Dengan Berbagai Corak & Warna

Khamis, 26 Januari 2012

Gambar Bangunan 18 Tingkat Runtuh Di Rio de Janeiro, Brazil

Sekurang-kurangnya 11 maut setakat ini apabila bangunan 18 tingkat di tengah Rio de Janeiro runtuh dipercayai akibat letupan, awal pagi ini. 

Stesen televisyen Globo News, memetik pegawai pertahanan awam berkata, setakat ini 11 orang maut atau cedera dan jumlah sebenar belum dapat dipastikan. 







Bangunan terbabit yang berletak berdekatan panggung teater bandaraya di Dataran Cinelandia, dikatakan tumbang akibat letupan kuat sehingga mencetuskan panik di sekitar kawasan itu.

Sebelum ini, pasukan penyelamat berkata, beberapa pekerja binaan yang berada di dalam bangunan kini dipercayai terperangkap.

Setakat ini 30 orang dilaporkan sudah dikeluarkan dari bangunan berkenaan dan mereka dilaporkan selamat.



1 lebah buat bising: