Jumaat, 20 Januari 2012

Gambar Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee Di Masjid Kristal, Terangganu

Ally pengacara terkenal TV3, atau nama penuhnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah selamat bernikah bersama pasangannya Nurfarahin Romli, 23 atau lebih dikenali sebagai Farah Lee di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi pada tanggal 20 Januari 2012.  


Farah Lee penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan yang akan menamatkan pengajiannya Disember ini,adalah gadis yang menjadi pilihan keluarga Ally. 

Farah Lee di Masjid Kristal semasa Majlis pernikahannya

Hanya 2 kali lafaz, Ally Iskandar  telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.



Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

Dengan 2 kali lafaz Farah Lee sah menjadi isteri Ally Iskandar
 Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Detik-detik pekenalan Ally dan Farah Lee bermula hanya berhubung melalui laman Facebook.Pada 20 Ogos tahun lalu bersamaan 20 Ramadan barulah mereka bertemu apabila Farah diajak oleh adik Ally Iskandar yang juga kenalannya sejak sekolah menengah berbuka puasa bersama abangnya Ally, di sebuah restoran dan dari situ bermula cinta pandang pertama mereka.
Farah Lee di majlis pernikahannya bersama Ally Iskandar
Majlis dibuat secara sederhana dengan dan hanya kenalan dan rakan sekerja serta keluarga terdekat sahaja hadir. Bukan soal takut publisiti,cuma Ally memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor.
Ally dan Farah dengan hantaran yang diterima
Farah Lee menerima mas kahwin berjumlah RM250.



8 ulasan:

Hudalatip berkata...

alalala, sweetnya..suka sangat..semoga kekal bahagia ke akhir hayat..AMIN

Nur berkata...

Couple yang comel. :)

Putri Lagu berkata...

nampak macam muka keletihan je..

mz berkata...

tahniah la aku ucapkan..

asal sampin di labuh sngat.. kurang smart.

Suzie berkata...

comel sangat ....semoga kekal ke akhir hayat .....

AmirahSM berkata...

SESUAI SGT! comel laaa. cntik jugak farah nie..

Jendela Hati berkata...

canteknya isteri ally... pandai bergaya tgk...

☺털이 소유❤ berkata...

sepadan la tuuuu ....