Ahad, 15 Januari 2012

Rumah Wardina Dirompak Lagi-2 Kali Dalam Masa Seminggu

Pada pagi khamis yang lalu kita dikejutkan dengan berita tentang rompakan yang telah berlaku di rumah Wardina Safiyyah hingga menyebabkan kerugian hampir RM20,000 termasuklah kehilangan 5 laptop, suaminya Ikhwan telah dipukul dan yang sedihnya anak-anak Wardina sehingga kini masih trauma akibat kejadian tersebut. 

Malang menimpa lagi bagi keluarga Wardina kerana rumah barunya yang sedang diubahsuai di Petaling Jaya turut dipecah masuk.


“Saya tidak sangka kejadian ini berlaku dua kali dalam tempoh yang singkat, insiden sama berlaku ke atas rumah baru itu yang masih belum diduduki", luah Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 33.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan beliau mengalami kerugian hampir RM20,000, sama seperti kerugian ditanggung Khamis lalu. Suaminya, Ikhwan Johari, 37, meningkat tahap keselamatan dengan memasang beberapa kunci tambahan selepas kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi berkata, polis me-ngesan beberapa sampel cap jari yang boleh membantu siasatan.

Kejadian samun itu turut membawa kesan terhadap tiga anaknya yang kini mengalami trauma. Sebagai langkah terapi, Wardina bersama suaminya, membawa anaknya bercuti untuk mendapat ketenangan. Anak pasangan itu, Amna Nafeesa, 8, Azra Fareera, 5, dan Imran Ar-Razi, 3, kini tidak berani pulang ke rumah, selepas kejadian itu.

“Selepas kejadian hitam itu, mereka kurang bercakap. Sering bersendirian dan kerap terjaga daripada tidur. Selepas dua hari di sini, mereka nampak tenang, tetapi masih trauma dan tidak mahu pulang ke rumah,” katanya, semalam.

Menurutnya, kejadian itu bukan hanya sebagai samun harta bendanya malah turut meragut kekuatan dan kebahagiaan mereka sekeluarga.

“Saya sebagai orang dewasa menerima kejadian ini dan boleh membina kekuatan diri tetapi bagaimana dengan anak saya? Mereka sebelum ini kuat, tabah dan ceria tetapi semua itu turut diragut oleh penjenayah tersebut. Saya tidak kisah jika barang di dalam rumah dilarikan, tetapi apabila dikenang, saya berasa amat marah kerana bukan mudah untuk mengembalikan kekuatan dalam diri anak-anak,” katanya.

Katanya, beliau tidak pasti bila mereka akan pulang ke rumah memandangkan anak-anaknya masih terkenangkan kejadian tersebut.

“Jika kesan trauma ini tidak hilang, saya bersama suami akan menggunakan khidmat pakar. Anak-anak amat bermakna. Saya sebagai ibu tidak sanggup melihat mereka menderita,” katanya.


9 ulasan:

tunz berkata...

semoga wardina tabah....

Hudalatip berkata...

Kesian dia, ini ujian Tuhan ni..

Unknown berkata...

Kesiannya Wardina.. ujian Allah, semoga mereka tabah..

Epit Lavica berkata...

nnt sure kena tangkap punyee

djjd berkata...

KESIAN KT DIA...

Jey berkata...

semoga kak Wardina tabah..

Unknown berkata...

Sebab itulah islam suruh melaksanakan hukum hudud. Hukum pencuri atau perompak adalah dipotong tangannya.

Allah s.w.t adalah pencipta manusia dan tentu sekali Allah s.w.t lebih mengetahui tentang manusia. Kes curi atau rompak bukan sahaja kehilangan harta benda tetapi turut merangut semangat, trauma dan nyawa.

Semoga hukum Allah s.w.t akan dipatuhi selepas ini.

jobmall berkata...

dirumah sendiri pun dah rasa tak selamat,, jadi kemana lagi kitaharus selamat kan diri? tiada jalan lain kita kene begantung kepada Nya sahajalah

Liling berkata...

kesian.