Khamis, 5 Januari 2012

(Video) Lagu Terukir Di Bintang Khas Untuk Qi-Yuna

Yuna yang baru sahaja balik dari percutian panjang bersama keluarga telah melancarkan album terbarunya yang berjudul ‘Terukir Di Bintang’. Terdiri daripada 8 buah lagu yang digarap dan ditulis sepenuhnya oleh Yuna, album terbaru Yuna ini bakal memikat halwa telinga dan menaikkan bulu roma para pendengar.

Lagu 'Terukir Di Bintang Khas' untuk Qi'
Antara lagu-lagu yang diselitkan didalam album ini termasuklah Sparkle, Photo Of You, Memo, KL Kita, Terukir Di Bintang, Coffee, Someone Out Of Town dan juga Fears And Frustration.

Album kali ini hanya menampilkan dua buah lagu berbahasa Melayu dan yang paling penting, Yuna turut memberikan sedikit klu apabila ditanya mengenai lagu berjudul ‘Terukir Di Bintang’ yang dikatakan dicipta khas untuk Qi.

Untuk pengetahuan, pada 7 Januari ini, Yuna akan mengadakan showcase untuk album terbarunya ini bertempat di Auditorium DBKL. Bermula pada 8.30 malam, tiket dijual pada harga RM60.

Kepada para pendengar diluar sana, anda boleh mula dapatkan album Yuna berjudul ‘Terukir Di Bintang’ tidak lama lagi di kedai-kedai muzik berdekatan.sumber

Sekarang ini Yuna sedang mencari  nama single terbarunya.Anda juga boleh   muncul dalam single terbaru Yuna. Cepat klik sini



1 ulasan:

Suzie berkata...

Suka video klip memo...comel sangat

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/