Khamis, 16 Februari 2012

Bernikah Di Masjid Didakwa Mengikut Ajaran Kristian.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk merangka garis panduan membolehkan pasangan Islam melangsungkan majlis perkahwinan di dalam masjid.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, rangka garis panduan itu perlu bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam sebelum ini yang berselisih pendapat daripada segi hukum majlis akad nikah diadakan di dalam masjid.




Ini kerana ia didakwa kononnya mengikut ajaran Kristian, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Beliau berkata, garis panduan itu merangkumi syarat supaya penggunaan masjid untuk tujuan itu tidak menjejaskan kedudukan masjid sebagai tempat ibadat sehingga mencemarkan kesuciannya.

"Ini termasuk tidak membenarkan berlaku suasana bising di dalam masjid sehingga menjejaskan institusi masjid itu sendiri sebagai tempat ibadah bagi umat Islam,” katanya.

6 ulasan:

☺털이 소유❤ berkata...

yeke ? bukan kew lebih elok kita nikah kat masjid kan?

dzarina berkata...

ha aa lah.. sebaik2 tempat dan berkat lg... insyaallah..

Alyza Fisol berkata...

aik...x bleh erk...tp bukan ke lg elok diadakan di masjid, lagi berkat kan...

Tanpa Nama berkata...

apa2 pun.. x salah... bsifat tbuka ok

Pejuang Kesenian Extreme berkata...

Fuh,nasib baik dibenarkan nikah di masjid.Cuma perlu garis panduan sahaja.Kalaulah perkara ini didakwa seperti tajuk entri ini,peh nampak sanggap betapa dangkalnya pemikiran umat Islam..

Unknown berkata...

mgkin x sesuai ntuk org yg agak bising dlm msjid kn? wallahualam