Khamis, 2 Februari 2012

Hanya Dia Yang Tahu-Hattan (Susulan Berita Suami Isteri Ditipu 1 Juta Oleh Selebriti)

Baru-baru ini keluar cerita tentang sepasang suami isteri menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis kerana mendakwa diperdaya seorang penyanyi terkenal.

Abang Yusuf Abang Daud, 36, yang juga bekas vokalis kumpulan Baji dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30, mendakwa mereka hidup tertekan selepas diisytiharkan muflis pada 2008 disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503.

Ramai yang berteka-teki siapakah penyanyi terkenal tersebut. Melalui  hmetro penyanyi terkenal tersebut telah memberi komen mengenai tuduhan pasangan suami isteri itu.

“SAYA tak baca berita itu tetapi saya ada mendengar mengenainya tetapi saya tak mahu komen lebih-lebih. Apa cerita sebenarnya hanya saya, mereka dan Allah SWT yang tahu,” kata Hattan mengenai dakwaan bekas vokalis kumpulan Baji, Abang Yusuf Abang Daud, 36, dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30, yang mendakwa hidup mereka tertekan selepas diisytiharkan muflis pada 2008 kerana terpaksa menanggung hutang hampir RM1 juta selepas diperdaya Hattan.

Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sha-habudin, dia tahu apa yang dia buat. 

“Saya pernah tolong mereka dengan membawa Yusuf ke persembahan pentas tetapi tak perlulah saya cakap lebih-lebih berkenaan dakwaan mereka itu kerana saya tak mahu membuka aib orang. Tetapi kalau dia mahu menjatuhkan saya, terpulanglah. Sekiranya selepas ini saya terpaksa pergi ke mana-mana dengan menaiki bas, saya naiklah bas.

“Hidup macam inilah, apabila kita berjaya dan sudah berada di atas, ada saja pihak yang dengki serta tidak suka tengok kita senang. Selalunya apabila timbul cerita macam ini atau kontroversi lain, saya buat tak tahu kerana kalau ambil tahu pun, buat sakit kepala saja.

“Sekarang saya mahu rileks dan insya-Allah tahun ini saya mahu mengerjakan fardu haji serta memperbanyakkan kerja kebajikan bagi membalas balik jasa masyarakat yang menyokong saya selama ini,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Karnival Wow Putrajaya yang diadakan di Pusat Maritim Putrajaya.

Hattan yang baru bercerai buat kali kedua, menerima segala apa yang berlaku kerana ketentuan Allah SWT.



2 ulasan: