Khamis, 2 Februari 2012

Kesilapan Ejaan Pada Logo HALAL-JAKIM Beri Penjelasan

Ejaan 'Malaysia' pada tulisan jawi di logo halal Malaysia yang dilaporkan terdapat kesilapan ejaan pada perkataan itu adalah satu kekeliruan dan tidak ada sebarang kesilapan ejaan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, penggunaan perkataan 'Malaysia' dalam tulisan jawi pada logo halal baru dikeluarkan jabatan itu bukan ejaan jawi bagi perkataan Malaysia, sebaliknya adalah nama Malaysia dalam bahasa Arab.


"Oleh itu, tidak timbul isu kesilapan ejaan kerana logo halal Malaysia menggunakan perkataan Arab dan bukanlah ejaan jawi seperti yang dinyatakan," kata JAKIM dalam kenyataan hari ini.

JAKIM mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang bertajuk ""Kesilapan ejaan Malaysia pada tulisan jawi logo halal JAKIM".

Jabatan itu mendaftarkan logo halal sebagai Tanda Pensijilan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia di bawah Akta Cap Dagangan 1976.

Logo halal Malaysia yang sedia ada, sudah lama digunakan dan didaftarkan pada 2001 berdasarkan ciri-ciri iaitu antaranya bintang berbucu di tengah bulatan dan dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.



2 ulasan:

kartikel.com berkata...

sepatutnya sijil Halal JAKIM ni ada nombor siri.

byadiy berkata...

hahahaaha... lawak benor bila aku tengok Wartawan tu tulis... dah sah-sah malaysia tuh ditulis dalam bahasa arab....

kena pi sekolah dulu ye adik-adik wartawan... hahahha.... belajar bahasa or rujuk sape-sape sebelum tulis.. nie mesti x da bahan nak tulis... cian jakim... fighting!!!