Jumaat, 10 Februari 2012

Mikail Andre Pelakon 'Hantu Dalam Botol Kicap' Adik Pierre Andre

Masih baru dalam dunia hiburan tanah air memungkinkan nama Mikail Andre agak tenggelam, namun sekarang dia bakal menyinar dengan filem pertamanya, "Hantu Dalam Botol Kicap".


Bermula dengan kariernya di belakang tabir yang hanya membantu abangnya ketika penggambaran filem "Al-Hijab", Mikail memberanikan dirinya untuk meluahkan hasrat hati menjadi pelakon.

Mikail Andre

Mungkin darah seni yang mengalir di dalam badan Mikail memungkinkan beliau diterima, malahan dipuji lantaran lakonan yang diberikan olehnya begitu bersahaja di dalam filem "Hantu Dalam Botol Kicap".

Memegang watak sebagai Azri di dalam filem ini, Mikail tampak begitu bersahaja dalam melakonkan wataknya sebagai seorang mamat poyo yang berasal dari Bandar. Langsung tidak nampak bahawa filem "Hantu Dalam Botol Kicap" ini merupakan filem pertamanya bergelar sebagai pelakon.

Mengambil Johnny Depp sebagai sumber rujukan, sememangnya menguji kredibilitinya sebagai pelakon baru kerana bukan senang mahu membawakan watak seumpama Johnny Depp yang penuh dengan lawak jenaka.

Ditanya mungkin kehadiran beliau ke industri tanah air hanyalah picisan kepada populariti abangnya, Mikail menjawab bahawa itu adalah benar dan dia mengakui abangnya adalah mentor di dalam bidang lakonan ini.

"Saya sememangnya mengambil itu sebagai satu subjek positif dimana abang saya adalah sumber inspirasi dalam bidang ini, dan beliau sememangnya banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya agar menjadi pelakon yang disayangi ramai"

Apa yang diharapkan oleh Mikail untuk 3 ataupun 4 tahun yang akan datang, adalah beliau akan diterima peminat tanpa dibayangi populariti abangnya.

Mikail Andre bersama abangnya Pierre Andre

4 ulasan:

Iza berkata...

Ada adik rupanya...
Serupa la muka mereka..

nurul hikmah berkata...

adik beradik pon .. x tau plak

nur ain berkata...

malas lah.. x tau mana satu yang lg hensem ..

Mama HannahHakimHayfa berkata...

first time tgok citer ni, trus kate pelakon ni ntah2 adik pierre sbb ade iras2 abg dia...karakter dlm lakonan pn lebih kurang sama jew...hihihi