Isnin, 13 Februari 2012

Shila Anggap Sharnaaz Jejaka 'Poyo'

Hangat bercinta! Itulah perkataan paling tepat bagi menggambarkan situasi antara penyanyi remaja, Shila Amzah dan pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad ketika ini. Jika dahulu, status pasangan sama cantik sama padan ini cuma sekadar teman biasa, kini gelaran itu sudah berubah kepada kekasih hati.

Tiada apa perlu dirahsiakan, penampilan mesra mereka tatkala muncul di karpet biru di Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 lalu, menjawab segala-galanya. Malah, sewaktu pelancaran program terbaru terbitan YV9,9X, Khamis lalu, kelibat si dara turut diiringi sang teruna yang setia menemani.

Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad



 Mengakui mula rapat sejak empat bulan lalu, menurut Sharnaaz, keserasian antara mereka tercipta kerana sikap masing-masing yang gila-gila.

“Daripada awal perkenalan, kami sudah menunjukkan perangai sebenar tanpa perlu berselindung.

“Saya senang berkawan dengan dia kerana kami banyak persamaan dan Shila umpama refleks kepada saya,” katanya yang turut tertambat dengan kepakaran Shila memasak.

Shila berkata, pada mulanya dia tidak berapa suka Sharnaaz kerana menganggap jejaka itu ‘poyo’.

“Pertama kali berjumpanya di penggambaran sebuah majalah, saya tidak suka perangainya. Selepas itu kalau terserempak, kami hanya bertegur sapa seperti biasa.

“Sehinggalah suatu hari saya menangis kerana menyaksikan lakonannya dalam drama Ungunya Cinta. Terus saya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sharnaaz untuk memberitahu hal itu,” katanya.

Sejak itu mereka mula berkawan rapat, lebih-lebih lagi Sharnaaz turut terlibat klip video lagu hit Shila, Patah Seribu.

“Jika ditanya sebelum ini, jawapan kami memang cuma berkawan. Apabila sudah bercinta, kami bersetuju tidak menyorokkannya.Bukan hendak menunjuk-nunjuk, tetapi kami hanya mahu kelihatan normal seperti pasangan bercinta lain dan supaya tiada lagi spekulasi timbul,” kata Shila yang tertarik dengan ketulusan Sharnaaz.

Sepakat merahsiakan tarikh rasmi percintaan mereka, kedua-duanya cuma memberi gambaran peristiwa bersejarah itu berlaku sebelum AJL lalu.

Dapat restu keluarga. Hubungan merpati dua sejoli ini juga sudah diketahui keluarga dua belah pihak yang tidak menghalang percintaan mereka.

Menurut Sharnaaz, dia selesa dengan ahli keluarga Shila yang boleh menerima dirinya dengan baik.
Bercerita mengenai langkah seterusnya dalam hubungan ini, kata Sharnaaz, mereka sudah berbincang soal masa depan, tetapi belum ke arah perkahwinan,” katanya.

6 ulasan:

mz berkata...

jejaka poyo atau jejaka kacak?? hehe

Azlina berkata...

Dah join GA ni? http://www.linazlina.com/2012/01/giveaway-tahun-baru-2012-oleh-ummi.html adiah best

syafikah berkata...

ohh...sweet gila dorang neh . hehe

Jendela Hati berkata...

ooooo ct bercinta ke dua org nie... patut ada nampak pic dorang masa ajl...

- M A S H - berkata...

comel shila n sharnaaz :)

Suzie berkata...

cute...suka charnaaz dlm bicara hati