Ahad, 18 Mac 2012

Anak Rozita Che Wan 'Hilang' Sudah Ditemui

Dengan tidak semena-mena, nama Aniq Ezra, anak lelaki kepada aktres jelita, Rozita Che Wan menjadi 'trending topic' untuk pengguna di Malaysia menerusi laman Twitter, semalam.

Khabar yang masih belum disahkan benar ini mengatakan Aniq Ezra , 14, dilaporkan hilang dan dikatakan kali terakhir dilihat berada di USJ 11/12 pada jam 4 petang semalam.

Tambah menguatkan cerita, Rozita turut memesan kepada sesiapa yang ternampak anaknya itu supaya menghubungi balai polis berdekatan dengan segara.

Berita kehilangan Aniq Ezra telah menjadikan satu hashtag, #prayforAniqEzra popular.

Namun, status terkini laporan daripada pengguna di Twitter mengatakan Aniq Ezra sudah ditemui dan berada di rumah rakannya. Malah, Aniq Ezra juga telah menghantar satu twitter mengucapkan terima kasih atas hashtag # prayforAniqEzra.

Menurut perbincangan di laman Twitter, Aniq Ezra lari ke rumah rakannya kerana merajuk dengan emaknya.

Bagaimanapun, dia dikatakan telah selamat pulang ke rumahnya. Kesahihan berita ini masih belum dapat disahkan kerana ia hanyalah melalui perbincangan di Twitter.


1 ulasan:

Unknown berkata...

betul ke dah jumpe ni... kepada kak rozita.. awat sampai anak tu merajuk... sibuk dengan busines pekasam kaaa?...

#####

menjenguk update rakan-rakan Gerila Penulisan Kreatif... Jemput lah ke Blog saya yg biase-biase tu...

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/gila-kuasa.html

jom singgah...