Ahad, 25 Mac 2012

Awal Lamar Scha Dalam Propaganza-25 Mac 2012-Romantiknya

Pengacara, Awal Ashaari telah membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tengah hari tadi.


Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia. 


Awal melamar Scha di Propaganza-romantiknya
Scha yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.


Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.



Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini. 

Awal melamar Scha sempena ulangtahun percintaan mereka
 Pasangan selebriti tersebut muncul dalam program hiburan itu sebagai tetamu jemputan.

Dikemudikan oleh Reza Mohamad dan Marsha Londoh, Propaganza merupakan program hiburan yang memaparkan pelbagai cerita menarik mengenai selebriti tanah air.
Scha menerima cincin lamaran dari Awal
Propaganza bersiaran setiap Ahad di Astro Ria (saluran 104) jam 12 tengah hari bermula sejak 18 Mac lalu.







12 ulasan:

Unknown berkata...

romantiknya awal..

Unknown berkata...

ramai betul nak jadi orang putih

Sheherazade berkata...

salam ziarah,setuju dgn joana :)

::CIK LYNN:: berkata...

harap cpat2 la scha n awal kawin...=)

ezyra taharin berkata...

sweet sgt!!!!beruntung scha kan... :)

Tanpa Nama berkata...

@Joanna Yunus

BETUL2...

A.yusrolatif berkata...

Hhh betul" awal jantan,syik asyik

mz berkata...

tq for the info..

Tanpa Nama berkata...

so sweet..hope kekal la..bkn angan2 taik ayam sudah >_<

Tanpa Nama berkata...

UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI
DAN NASRANI

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun
kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan
Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".
(Riwayat Muslim)

Keterangan:
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi dan
Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah.
Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan
sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Zaman sekarang ini kita
dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang
kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi
dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap
dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali
barut mereka. Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

Aretikz berkata...

Halal?

Xrasa sweet kalau masih wat bnda haram.. Lagipun xikut syariat kan.. Apapapun, semoga Allah memberkati jodoh mereka berdua.. ^^

ubat gemuk berkata...

harap2 berkekalan.. jangan la macam trend skrg, 2 3 bulan jer da... naik turun court..