Sabtu, 17 Mac 2012

Biodata & Gambar Terbaru Shima Anuar-Pelakon 7 Petala Cinta

Wajah Shima Anuar tanpa berpurdah
Meskipun sudah melakonkan dua buah filem terbitan Metrowealth (MIG), namun pendatang baru, Shima Anuar, 21, terpaksa akur dirinya masih belum dikenali ramai.

Semuanya gara-gara kedua-dua filem lakonannya itu tidak mempamerkan wajahnya dengan jelas kerana menerusi filem pertama yang dilakonkannya dalam Sumpahan Kum Kum hanya memperlihatkan sebahagian wajahnya, manakala filem 7 Petala Cinta pula, kemunculannya berpurdah.
Gambar terbaru Shima Abuar
Namun Shima Anuar berkata, dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana apa yang penting baginya penonton dapat mengenalinya menerusi bakatnya.

"Alhamdulilah, walaupun saya ini pendatang baru tetapi MIG sudah memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa watak utama dalam dua buah filem mereka.

"Saya sedar filem pertama wajah saya kurang dikenali kerana saya berselendang dan wajah saya di solek sebahagiannya menjadi buruk.Kemudian untuk filem 7 Petala Cinta yang akan keluar ini pula, wajah saya ditutup dengan kain purdah.

Shima Anuar dalam filem 7 Petala Cinta
"Meskipun wajah saya kurang menonjol pada kedua-dua filem berkenaan, namun saya percaya penonton sekarang boleh menilai seorang pelakon itu bukan kerana rupa tetapi bakat lakonannya.

"Saya akan buktikan yang bakat lakonan saya akan membuat penonton mahu tercari-cari siapa diri saya sebenarnya," kata bekas penuntut jurusan Seni Lakonan Teater, Universiti Teknologi Mara ini. 

Shima Anuar mula menjadi artis di bawah naungan MIG sejak November 2010 dan mula muncul sebagai pelakon dalam drama Klik di Astro Ceria.

Shima & Diana dalam filem 7 Petala Cinta
Biodata Shima Anuar

NAMA SEBENAR: Noor Hashimah Bt Anuar

TARIKH LAHIR: 8 April 1991

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

AYAH: Anuar Md Yunus

IBU: Allahyarhamah Aziah Ahmad

KELUARGA: Anak keempat daripada 6 beradik
KERJAYA: Pelakon

FILEM: Flat 3A, Bini-biniku Gangster, Sumpahan Kum Kum, 7 Petala Cinta, 'X'

DRAMA: Klik(astro), Ku Sangka 2 Rupanya 3(rtm), Impian Raya Emelyn(tv9)

15 ulasan:

mujagirl92 berkata...

seriously frust weh,, ingatkan betul2 pakai tudung die ni,, :(

Tanpa Nama berkata...

comelnyerr dia pakai purdah..^^

Tanpa Nama berkata...

xpe...d0a agr dy pkai purdah pasnie...mmg mule2 ingt pkai purdah.tgk kt tenet hampeh

Tanpa Nama berkata...

Dah nama pelakon.. pakai apa pun bleh.. Yg penting ikut skrip.. kita doakan semoga dia menjadi wanita solehah seperti watak dlm 7 petala cinta..

Tanpa Nama berkata...

ingatkn mmg pakai tudung... lawa shima kat 7 petala cinta.. tp x sangka kat luar cmtu rupenye.. adoiii...

Tanpa Nama berkata...

macam mane pon die ttp mnjdi pujaan orang yg meminatinye

najiha berkata...

anna doakan semoga ente(shima anuar) dikurniakan hidayah daripada ALLAH S.W.T. ente memang cantik & manis orangnye tp lebih cantik & manis bile bertudung& berpurdah mengikut ape yang telah di Syariatkan dalam agama kita.. mudah2an ianya bukan hanya sekadar lakonan. (: salam sayang dari saudara muslimatmu.

MissDila berkata...

@nurmujahidahsmala..igtkan dia betul2 btudung..siap pkai sarung tgn lagik..hurm..kecewa kan..

Tanpa Nama berkata...

kt luar die da pkai purdah la skrg nie.. yg korang tgk gmbr tu gmbr lama.. jgn prcaya fitnah internet klau x tgk depan2..

Unknown berkata...

7 petala cinta,aq tenggok cerita ni sebnyak 3 kali sejak aq beli dalam hari yang sama...ats sebab cerita y boleh dikatakan hidupkn jiwa n bnyk y boleh kita fikirkn lg dlm crita nie.
tapi aq amat kecewa sebab pelakon tidak mengambarkan sikap y sebetulnya seperti didalam cerita...
serius setelah aq memandang shima anuar bertudung aq tergoda n hendak memiliki isteri yang berjilbab seperti y dilakonkan....
Semoga Allah S.W.T. pertemukan aq wanita yang solehah...AMIN.

aMerOl aIMaN berkata...

Syima anuar berjaya membuat penonton tercari-cari akan beliau .

Unknown berkata...

Huhuhu.... Hampeh.

Unknown berkata...

Huhuhu.... Hampeh.

Unknown berkata...

Huhuhu.... Hampeh.

Unknown berkata...

Huhuhu.... Hampeh.