Dapatkan Handmade Bag ct N honey Dengan Berbagai Corak & Warna

Sabtu, 31 Mac 2012

Hantaran Artis-Hantaran Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan

Pelakon popular, Liyana Jasmay, 24 mengikat tali pertunangan bersama Fathuddin Mazlan, 28 di kediamannya bertempat di Kemensah Height, KL, pada 28 Mac 2012.
Hantaran Cup cake 
Hantaran Al-quran 
Hantaran kain samping 
Hantaran Kek 
Pihak lelaki menghantar 5 hantaran berupa set wangian Gucci Guilty, set telekung, sebentuk cincin, sirih junjung dan cupcake. Hantaran tersebut turut diiringi dengan hiasan tepak sirih sebagai tanda mengikut adat.
Pelamin Pertunangan Liyana Jasmay 
Manakala, pihak wanita membalas 7 hantaran berupa senaskah Al-Quran, set butang baju melayu, sebijik kek, sehelai kain samping, biskut, pewangi berjenama Dunhill dan cupcake.
Hantaran pertunangan Liyana Jasmay
Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin dimana Liyana Jasmay tampil anggun dalam persalinan Rizman Ruzaini yang bernilai RM 10000.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju menetapkan tarikh pernikahan berlangsung pada 24 Januari 2013.
Liyana Jasmay nikah tahun depan 24 januari 2013

1 lebah buat bising:

zety berkata...

hantaran pihak lelaki biasa2 je.bagus =)