Jumaat, 30 Mac 2012

Kes Culik Pelik-Diarah Jilat Kaki Penculik

Memang kurang ajar betul penculik ini. Macam-macam cara pelik yang dilakukan kepada mangsa. Kes culik ini berlaku kepada pelajar perempuan mengalami detik hitam selama tiga jam selepas diculik sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu pelik mereka di sebuah bilik hotel di Balakong, pagi semalam.
gambar hiasan
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki menculiknya.

Malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.

Apa yang membimbangkan apabila mangsa mendakwa dia diugut kumpulan terbabit supaya ‘menggantikan’ rakan perempuannya untuk mereka jika enggan rakaman videonya itu disebarkan kepada umum sebelum dibebaskan.

Mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, selepas dinasihatkan keluarga dan pihak sekolah.



5 ulasan:

Suzie berkata...

Semoga Allah membalasnya dengan setimpal kepada penculik...amin.

Cik Rose Cute berkata...

Memang kurang ajor...ada ke patut buat orang cam gitu...

wie_islamic berkata...

dendam ituulah akibatnya......nak org lain jd taruhan......suh wat yg bukan2x lek tu...esh.,.....zaman skrg nei....apalah nak jd....

nurmujahidah berkata...

jom join ga muja,, ada pendrive unique untuk dimenangi jugak,,, :D
http://mujadafewa.blogspot.com/2012/03/first-giveaway-by-nurmujahidah-lady.html

maszull berkata...

assalamualaikum CT....gila betul penculik2 tu x ada kerja lain agaknya...:)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/