Khamis, 22 Mac 2012

Nornabila Mat Yaacob Hilang Ikut Suami Orang-Ditemui Di Kuantan

Kes ini sama juga dengan Siti Nur Fatihah semalam. Dah terpampang gambar sendiri dan keluarga di surat khabar hari ini, akhirnya seorang pelajar berusia 15 tahun yang dilapor hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit, di Jerantut, Isnin lalu, ditemui bersama teman lelakinya di Kuantan.  

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Azid Ismail, berkata pelajar terbabit, Nornabila Mat Yaacob yang dipercayai mengikut teman lelakinya ke Kuantan, ditemui keluarganya pada jam 10 malam tadi.

"Ibu pelajar terbabit, sebelum itu menghubungi teman lelaki anaknya itu dan dimaklumkan Nornabila berada di Kuantan.

"Keluarga Nornabila yang menetap di Taman Koperasi, Jerantut ke Kuantan dan menemui Nornabila di sebuah kedai serbaneka di Taman Tas, Kuantan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Azid berkata, berdasarkan siasatan awal, pelajar terbabit pernah melarikan diri dari rumah sebelum ini bersama teman lelakinya yang berusia 20-an dan sudah berkahwin itu.

Ahad lalu, seorang remaja perempuan, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dilapor hilang selepas disyaki diculik di Taman Tas, Kuantan tetapi selepas ditemui dia mengaku dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun.

3 ulasan:

Hudalatip berkata...

Kenapalah berlaku kes2 cam gini, pelik laa..gatal semuanya..

::CIK LYNN:: berkata...

kbtolan ke apa ni...2-2 kes kt taman tas, kuantan...=)

MyKeyPad berkata...

Dah terlanjur punya kes lah ni. . .