Dapatkan Handmade Bag ct N honey Dengan Berbagai Corak & Warna

Isnin, 26 Mac 2012

Nurul Wahab Kawin Tahun Ini-Majlis Perkahwinan Penuh Eksklusif & Romantik

Dalam program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 menerusi topik ‘Fesyen : Koleksi Pengantin’, hari ini, penyanyi Nurul Wahab mengaku akan berkahwin tidak lama lagi. Pada mulanya, penyanyi hitam manis ini enggan menyentuh isu tersebut, namun setelah diajukan beberapa kali oleh pengacara Azizah Ariffin dan Fiza Sabjahan, Nurul akhirnya akur memberi jawapan. 
Nurul Wahab bakal berkahwin kali kedua tahun ini
Namun, penyanyi berkulit hitam manis ini enggan mendedahkan butiran terperinci tentang perkahwinannya itu. Bahkan, Nurul juga tidak mahu memberitahu siapa bakal suaminya itu.

“Saya minta maaf banyak-banyak sebab tidak boleh bercerita lanjut tentang perkara ini. Semuanya masih belum diputuskan. Apa yang boleh saya katakan ialah, saya memang akan berkahwin pada tahun ini. Tapi tarikh dan lokasinya masih belum boleh diumumkan. InsyaAllah, bulan Mei nanti saya akan adakan sidang media untuk umumkan berita perkahwinan ini secara rasmi. Saya minta maaf banyak-banyak sebab tidak boleh berkongsi cerita. Banyak hati yang perlu saya jaga.

Dalam masa yang sama, Pengurus kepada Nurul, Mas Anizah juga menyatakan perkara yang sama. Jelas Mas Anizah, Nurul tidak boleh bercerita kepada mana-mana pihak lain berhubung hal perkahwinan itu kerana sudah ada perjanjian dengan sebuah portal hiburan yang mahu menyiarkan cerita-cerita perkahwinan Nurul secara eksklusif.

Selain Nurul, tetamu jemputan WHI pada hari ini ialah pereka terkenal, Rizman Ruzaini. Ketika program tersebut, Nurul turut memberitahu akan mengenakan busana pengantin rekaan pereka duo tersebut.

“Kalau saya berkahwin buat kali kedua nanti, sudah pasti saya akan memilih Rizman Ruzaini kerana saya sudah lama berkerjasama dengan mereka. Selain selesa, saya suka rekaan mereka yang kreatif. Sejujurnya, kami belum buat sebarang perbincangan. Semuanya persiapan baru hendak dimulakan,” ujar Nurul lagi.

Ditanya mengenai perkahwinan impiannya, Nurul memberitahu, “Setakat ini, kawan-kawan terdekat saya yang paling teruja. Saya sangat istimewa sebab semua orang tak dapat peluang kedua seperti saya. Impian untuk perkahwinan kali kedua ini, saya nak ia eksklusif dan istimewa untuk keluarga. Saya nak raikan ia dalam suasana penuh romantik.


0 lebah buat bising: