Jumaat, 30 Mac 2012

Official video Cinta Bersatu & Lirik-Liyana Jasmay

Video muzik Cinta Bersatu dari Liyana telah dilancarkan serentak pada 30 Mac 2012 bermula pukul 10 pagi.


Cinta Bersatu diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan disiarkan secara serentak di stesen radio Hot FM, Suria FM, XFM dan web Gossip-Mossip Mak Jemah. Selain itu, lagu yang dijadikan tema telefilem Paris Masuk Kampung ini turut dilancarkan di portal hiburan popular Gua.com, Murai.com, blog Budiey.com, Malaysia Hari Ini (TV3), Astro Ria dan TV1.


Video Muzik Cinta Bersatu adalah arahan Ghaz Abu Bakar yang merupakan kerjasama yang ke3 antara Liyana Jasmay dan Ghaz Abu Bakar selepas Aku Tak Percaya Cinta dan Aku Jatuh Cinta.

MENELITI bait lirik single terbaru Liyana Jasmay, Cinta Bersatu ciptaan kumpulan Tilu ini ternyata tepat sekali menggambarkan kebahagiaan yang mekar berbunga dengan Fathuddin, ketika ini.

Mengulas lanjut mengenai pembikinan muzik video itu, kata Liyana, sebelum merakamkan lagu Cinta Bersatu, dia terlebih dulu mendendangkan lagu berkenaan di depan tunangnya itu.

“Saya mahu mendengar pandangannya pada lagu Cinta Bersatu. Jadi dialah orang pertama yang mendengar lagu itu secara eksklusif dan syukur dia menyukainya,” katanya.

Selamat Bertunang Liyana Jasmay
Video & Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan

Lirik Lagu Cinta Bersatu

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Lagu & Lirik : Tilu





2 ulasan:

Cikrosecute berkata...

Nice...comelnya Liyana dalam video klip nie...

Azlan Strider berkata...

erk..tak pernah plak dengar yang liyana jasmay menyanyi..hehehe..anyway bleh tahan gak suara dia..hehehe

Regards,
-Strider-