Jumaat, 23 Mac 2012

Owen Wilson Tolak Permintaan Fahrin Ahmad Untuk Bergambar

Rasanya dalam Malaysia ni berebut-rebut orang terutama gadis-gadis hendak bergambar dengan Fahrin Ahmad. Tapi tak sangka pula ada juga yang tak sudi hendak bergambar dengan Fahrin. Peristiwa berlaku semasa Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 malam semalam.  


Kehadiran bintang filem Hollywood yang terkenal dengan watak komedinya, Owen Wilson dalam majlis Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 malam tadi memang mencuri perhatian ramai.


Antara yang teruja bertemu dengan artis tersebut di Hotel Mandarin Oriental itu termasuklah Fahrin Ahmad yang sememangnya tidak sabar-sabar mahu berjumpa aktor tersebut dan menyatakan keinginannya untuk berjumpa aktor itu kepada wakil portal hiburan Daily Chilli 

Insiden memalukan itu berlaku sebaik saja Owen beramah mesra dengan sejumlah rakan media di kawasan yang dikhaskan. 


Sebaik saja selesai acara bersama media, Fahrin yang merupakan selebriti Red Ribbon Malaysia untuk malam tersebut, kemudiannya menemui Wilson di belakang pentas dan membuat permintaan untuk bergambar dengan aktor itu. Bagaimanapun permintaan Fahrin untuk bergambar dengannya ditolak mentah-mentah oleh Owen dan pengiringnya.  

 Fahrin Ahmad, Datik Paduka Umi Aida dan Dayang Nurfaizah 
Mungkin juga Owen letih kerana penerbangan dari Los Angeles sebelum itu, atau mungkin dia tidak menyedari yang Fahrin ialah selebriti Red Ribbon Malaysia.

Tetapi Fahrin, seperti biasa, dengan gaya ‘gentlemen’, berkata;

” Saya rasa bangga kerana berada di sini dan bertemu dengan bintang Hollywood, mungkin lepas ini lebih banyak peluang untuk saya berbuat demikian “

Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 dibuat semalam sebagai usaha untuk mengumpul dana bagi Yayasan Aids Malaysia dan Projek Kemiskinan Global sempena Grand Prix Petronas Malaysia yang sedang berlangsung.
Owen Wilson ditemuramah oleh Sazzy Falak

Gambar Zarina Anjoulie & Owen Wilson-Sorry Fahrin Ahmad

4 ulasan:

MyKeyPad berkata...

Ngee. . .malulah budak Fahrin tu. . .stkat artist Malaysia,org hollywood mna nk tgk. . .

Unknown berkata...

ala sian jejaka idaman malaya ni..

::CIK LYNN:: berkata...

cian fahrin...msti malu...

taiko berkata...

ala.. buat apa nak bergambar dengan Owen Wilson tu..rilek je la.