Khamis, 29 Mac 2012

Sinopsis Telefilem Asmara Di Beijing-Norman & Memey Berlakon Bersama

Telefilem Asmara Di Beijing adalah terbitan Skop Productions Sdn Bhd. Rombongan Skop Productions seramai 38 orang tiba di Beijing pada 16 Mac 2012. Ia juga sebenarnya sebagai hadiah istimewa buat pelakon dan kru siri polis Gerak Khas atas kejayaannya bertahan selama 12 tahun. Kesempatan itu diambil oleh Datuk Yusof Haslam untuk membuat penggambaran telefilem Asmara Di Beijing.

Semasa penggambaran telefilem Asmara Di Beijing, ketika itu salji turun. Ternyata satu keajaiban menanti pelakon dan kru di Tembok Besar China kerana pemandangan sekitarnya yang begitu menakjubkan apabila dipenuhi salji dan waktu sama disinari matahari. Ia menjadi satu kelebihan untuk telefilem ini bagi memberi satu senario menarik untuk penonton apa bila disiarkan nanti.



Sinopsis Telefilem Asmara Di Beijing
Telefilem Asmara Di Beijing arahan Kumaresan Chinnaya mengisahkan Dira lakonan Salina, bercuti ke Beijing bersama kawannya, Shima (Memey) untuk menenangkan fikiran selepas putus cinta dengan Rizal (Syamsul Yusof).

Ketika di Beijing, Salina bertemu bekas kekasihnya, Imran (Norman Hakim). Mereka pernah bercinta tetapi berpisah apabila Imran berkahwin dengan gadis lain tetapi kini sudah bercerai. Ternyata Imran masih menyintai Dira dan cuba merebut kembali hatinya.

Selain Tembok Besar China, lokasi penggambaran lainnya adalah di Dataran Tian An Men, Kota Larangan (Forbidden City) dan Istana Musim Panas serta sekitar hotel penginapan dan lokasi menarik lainnya.

Skripnya hasil tulisan Datuk Yusof Haslam dan tugas pengarahan diserahkan kepada Kumar dan Syafiq.

“Untuk di Beijing, ia diarahkan Kumar manakala Syafiq sebagai juru kamera dan penggambaran di Beijing hanya membabitkan 15 babak. Untuk penggambaran di Kuala Lumpur nanti, Syafiq akan ambil alih tugas pengarahan kerana Kumar sibuk dengan penggambaran lain.

Barisan pelakonnya ialah Norman Hakim dan Salina Saibi yang juga pelakon Gerak Khas bersama Memey, Syamsul serta beberapa pelakon lain.



1 ulasan:

SyUhAdA berkata...

mcm bes je..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/