Selasa, 13 Mac 2012

Traffic Blog Hampir 10,000UV Sehari? WOW!!!

Salam bahagia untuk semua, terutama yang selalu berkunjung ke blog ct N honey. Terima kasih banyak-banyak kerana menyokong seorang blogger yang masih baru ni. Semenjak wujudnya blog ct N honey ini, perkara yang selalu ct fikirkan ialah ramai ke yang berkunjung ke blog ni? Tapi alhamdulillah dari hari ke hari pengunjung semakin bertambah. Sekarang ini Ct cuba kekalkan 1000UV sehari dan kalau boleh lebih lagi.

Jumlah UV blog ct N honey pada 12 Mac 2012
Setiap hari Ct cuba mencari berita terkini dan terhangat untuk semua. Banyak juga entry Ct yang menyumbangkan traffic tinggi dalam satu-satu masa. Yang Ct masih ingat entry Berita Terkini: Penyanyi Terkenal Whitney Houston Meninggal Dunia dan Sinopsis & OST Filem 7 Petala Cinta.Yang lain-lain entry boleh tengok di catatan popular sebelah kanan. Tapi yang mengembirakan hati dan membuatkan mulut ternganga sekejap ialah traffic untuk semalam, 12 Mac 2012. Tidak pernah dan rasanya inilah kali pertama blog ct N honey mendapat traffic yang tersangatlah tingginya. 
Ping di blogged.my dan blogr.my

Mungkin juga kerana kerajinan Ct PING ke blogged.my , busuk.org ohbelog.com dan  blogr.my . Ct rasa tempat PING ini banyak membantu. Itu belum lagi Group FB yang hampir 50 group Ct join. Kadang-kadang hampir setengah jam untuk PING di semua tempat tersebut. Jika sesiapa yang nak  mendapat traffic yang tinggi ini lah tipnya. Setiap kali buat entry cubalah PING ke tempat tersebut. Jika tajuk dan ceritanya menarik, dapat pula menjadi top story untuk hari ini, Ct jamin 1000UV sehari akan tercapai.
Ping di Busuk.org (Nama lain sebab akaun FB banyak)
Senarai pautan yang banyak menyumbang UV 
Sebenarnya Ct nak kongsi ini semua bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi nak simpan sebagai rekod pencapaikan blog ct N honey aje. Nanti bolehlah menjadi semangat supaya boleh mendapat lebih lagi UV di masa akan datang. Ok bye......

18 ulasan:

laskar pelangi berkata...

tahniah :))
semoga terus maju~~:)

Unknown berkata...

tahniah ct...

dulu kakyong pun suka buat mcm ct ni., copy paste sana sini.. tp lama2 rasa xde originality.. kurang kepuasan... ;)

apa2 pun, all the best.. tentu mahsyuk $$$ bila trafik dah tinggi mcm ni...

Iza berkata...

Assalam..
tahniah.teringin juga nak trafik tinggi tapi rasa hilang kepuasan dan jati diri blog...
moga terus berjaya..

ct N honey berkata...

@kakyongTQ dengan pendapat tersebut,mungkin blog dah stabil nanti ct tukar cara pulak

ct N honey berkata...

@Iza Teratak Usang TQ,masih mencari-cari jati diri blog

ct N honey berkata...

@laskar pelangiTQ,kerana selalu dtg blog ini.......

Pesta Jiwa berkata...

Apa kata kalau CT share bg list ping sites plak..nak jugak dpt uv meletup bg up traffic...

ct N honey berkata...

@Pesta Jiwa nanti ye,sbb byk sgt,tu yg lambat nak buat entrynya

ct N honey berkata...

@Jendela Hatiha..ha..ha kebabom

Unknown berkata...

jeles suda..hoho

Unknown berkata...

Tahniah, banyak jugak tu, and setuju dengan pendapat kakyong .. ketulenan itu satu kepuasan .. ^__^

www.anastasyea.com

fiezabaiduri berkata...

wow, bestnyer dapat traffic yg mencanak mcm tu selalu..

fiezabaiduri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fiezabaiduri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

ct>> ajar cam mana nak buat traffic kat blog...tiada orang datang blog saya buat...help me..please reply my email koleksicadarsuri@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

uish hebat.. nk dpt 500 shari pun seksa dah ni... melainkan klu guna web autosurf..

Abdul Halim Ismail berkata...

nak kena belajar lagi dengan cthoney ni. susah gak nak cari tajuk entry yang boleh tarik trafik. tapi yang penting kena usaha. Saya pun berazam sangat nak dapat trafik hingga 10,000 uv ni

Unknown berkata...

hehe thanks kak banyak dah ajar saya