Ahad, 15 April 2012

26 Gambar Di Pelancaran Perfume SimplySiti Bertemakan ‘Masquerade Ball’

SimplySiti Eau De Parfum terdiri daripada tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Memoire. Setiap wangian ini menceritakan personaliti wanita yang berlainan. Pure adalah bagi yang aktif, ceria dan bersifat terbuka. Precious adalah bagi wanita yang glamor, konfiden dan bijak. Manakala Memoire adalah bagi wanita yang romantik, feminin dan manis. Dengan harga RM 69.90 sebotol, ianya pasti menjadi wangian yang akan menjadi rebutan dan idaman setiap wanita.
Menariknya sempena dengan pelancaran ini, SimplySiti juga turut memperkenalkan konsep berlainan dalam komersil terbarunya dengan memaparkan perspektif lelaki dalam menggambarkan siapa wanita idaman mereka. Tiga jejaka tampan ini bercerita mengenai ciri-ciri gadis idaman yang diwakili oleh setiap jenis wangian SimplySiti Eau De Parfum. Dengan barisan wajah seperti Khairul Fahmi Che Mat, iaitu Penjaga Gol Pasukan Kebangsaan Malaysia, SM Khalis SM Zul iaitu Ahli Perniagaan Muda Naza Italia, Adam Yahya selaku Pengarah Ibex Group dan turut memperkenalkan wajah baru iaitu Leuniey Natasha, ia pastinya suatu komersial yang pasti dinanti ramai.
Majlis Pelancaran yang bertemakan ‘Masquerade Ball’ ini telah berlangsung di Grand Ballroom Double Tree by Hilton Kuala Lumpur. Rata-rata tetamu yang hadir bertopeng, sesuatu yang unik kerana majlis ini meletakkan fokus utama kepada wangian sekaligus membawa setiap tetamu menikmati ketiga-tiga wangian SimplySiti Eau De Parfum. Majlis menjadi lebih meriah apabila Hunny Madu muncul sebagai pengacara majlis dan keseluruhan majlis menyaksikan tarian-tarian istimewa mengikut tema Masquerade.



Kredit gambar: Facebook MIG Online dan David Teo juga  budiey.com



Tiada ulasan: