Ahad, 1 April 2012

7 Gambar Majlis Pernikahan Azza Elite & Azlan

Azza Elite dan Azlan dihari pernikahan
Majlis pernikahan Azza Elite,35, ataupun nama sebenarnya Azzarima Zawari  bersama Azlan Bin Zulaily,26, telah berlangsung di Masjid Bukit Antarabangsa dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan juga kawan-kawan rapat.

Dengan 3 kali lafaz, Azza Elite telah selamat dinikahkan bersama Azlan Bin Zulaily dengan mas kahwinnya sebanyak RM300 tunai tepat jam 5.30 petang.

Azza Elite & Azlan 
Azza telah diwalikan oleh bapanya, Zawari Bin Abdul Aziz dan dinikahkan oleh jurunikah merangkap pentadbir Masjid Bukit Antarabangsa, Abdul Hakim Bin Abdul Rahman Al-Hafiz.

Majlis ini berlangsung sederhana dan pihak lelaki menghantar sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang hantaran dari pihak perempuan.

Antara hantaran perempuan ke lelaki, satu persalinan dan wangian Gucci, beg dan tali pinggang kulit Gucci, sejadah, manisan, buah-buahan diikuti sebentuk cincin dan sireh junjung.

Manakala hantaran lelaki ke perempuan pula ialah sireh junjung, cincin dan seutas rantai, satu set wangian Gucci Guilty, handbag Gucci, senaskhah Al-Quran, manisan coklat, buah-buahan, dan mas kahwin sebanyak RM300.

Antara selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis pernikahan ini termasuklah Rozita Che Wan, Umie Aida, Shasha Sahidin dan Watie Elite. 







Sementara majlis resepsi Azza pula akan diadakan Mei depan di rumah keluarganya di Batu Kurau, Taiping, Perak. ohbulan &  syokkahwin.com juga  gua.com.my




5 ulasan:

❖ Syaa ❖ berkata...

Dah lame tunggu Azza kahwin hehehe akhirnye dapat jugak tengok dia kahwin :)

maszull berkata...

assalamualaikum CT...tahniah buat azza dan azlan...

Joanna Yunus berkata...

Semoga kekal selamanya

::CIK LYNN:: berkata...

napa dia xpkai tdung elok2? kn nikah dlm msjid...

cantik je tgk abby n shasha pkai tdg...=)

Mona Taslim berkata...

Hi. Nice blog. Sudi x kita btukar2 blog? Kalu sudi bgtau nyer nnt kita add blog awk sama. http://monataslim.blogspot.com

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/