Khamis, 12 April 2012

Aaron Aziz NAFI Permohonan PR sudah Diluluskan

Kejap dapat kejap tidak,mana satu ni..............................

Bagi yang tidak tahu, beberapa hari lepas kecoh di blog dan portal hiburan yang mengatakan Aaron Aziz sudah mendapat kelulusan untuk taraf permastautin tetap.
PR Aaron Aziz belum lulus

Namun berita ini dinafikan Aaron Aziz hari ini, sekaligus membuatkan para peminat kecewa dengan perkara ini.

BINTANG Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Aaron Aziz menafikan permohonan untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap (PR) negara ini sudah diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Aaron atau nama sebenar, Aaron Mustapha Aziz, 36, berkata permohonannya sebenarnya kini sedang diproses oleh pihak berkuasa terbabit.

“Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat.
“Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur, “ katanya dihubungi Berita Harian, semalam.

Laporan media sosial sejak semalam mendakwa Aaron akan mengambil pengenalan pemastautin tetap (MyPR) dalam masa terdekat.

Aaron pelakon kelahiran Singapura yang popular menerusi filem Ombak Rindu kesal apabila kenyataannya disalah anggap sekali gus dikhuatiri boleh menyebabkan permohonannya tertangguh.

Sehubungan itu, Aaron yang kini menjalani penggambaran drama 20 episod berjudul Adam dan Hawa enggan mengulas lanjutmengenai perkara itu. 

Bapa kepada tiga cahaya mata itu memulakan kerjaya seninya di negara ini sejak 2004 menerusi drama terbitan RTM, Haryati musim kedua. 

Jadi, untuk pengetahuan anda semua, Aaron Aziz masih lagi menunggu jawapan dari proses permohonan status penduduk permastautin tetap dan bukannya sudah diluluskan seperti yang kecoh sebelum ini.

Entry sebelum ini Tahniah! Permohonan Penduduk Tetap Diluluskan-Aaron Aziz Tunggu MyPR &
Kenyataan Rasmi Aaron Aziz Mengenai Status Penduduk Tetap



1 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum CT....akhirnya dpt juga status penduduk malaysia...:)