Jumaat, 6 April 2012

Berkuatkuasa Serta Merta- Pondan, Lelaki Lembut Dilarang Muncul di TV, Radio

Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama.




Arahan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan yang disiarkan di halaman Facebooknya.
Arahan itu berbunyi: "Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama kerana dikatakan menyokong dan meningkatkan gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) ketika ini."
Pada 3 November, pihak berkuasa mengharamkan program Seksualiti Merdeka walaupun ia telah diadakan sejak beberapa tahun sebelumnya tanpa sebarang masalah.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina, yang dianjurkan oleh gabungan NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008

Update 6 April 2012
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata, tidak wujud larangan berhubung watak yang digambarkan sebagai lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dalam saluran-saluran televisyen milik kerajaan.

"Tidak ada larangan atas mana-mana persembahan seni oleh mana-mana segmen masyarakat termasuk yang disifatkan sebagai lelaki "lembut" (atau kewanita-wanitaan)," katanya dalam Twitter.

Bagaimanapun, beliau berkata, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan "masih berhak untuk memilih kandungan yang sesuai untuk orang awam memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya".

Menteri itu memberi penjelasan berhubung laporan satu berita portal berhubung perkara itu, yang berasal dari satu entri Facebook oleh Jabatan Penerangan.

Sementara itu ketika ditemui pemberita pada Program Sentuhan Rakyat 1Malaysia, Parlimen Jasin di Dewan Almanda di Jasin, Melaka hari ini, Rais berkata, seseorang lelaki yang dianggap "lembut" fizikalnya berhak di sisi undang-undang memainkan peranan menerusi hiburan atau pementasan.

Beliau berkata mengikut Perkara 8, Perlembagaan negara, semua pihak mempunyai hak yang sama di sisi undang-undang dan tidak boleh ketepikan hak mereka.

"Jadi di atas prinsip itu, semua pihak berhak berhiburan, mementaskan sesuatu atau menonjolkan kebolehan kepakarannya dan tidak boleh disisihkan kecuali seseorang itu melakukan jenayah," katanya.



4 ulasan:

Admin berkata...

hehe tapi ramai je dok belakang kamera kan jadi make up artis huhu

Unknown berkata...

patut dah lama diharamkan

HAZRIL HAFIZ berkata...

tu bukan arahan...cuma topik perbincangan...cuba rujuk balik dlm facebook jabatan penerangan =)))

https://www.facebook.com/penerangan

Prince of Darkness berkata...

Ok fine buang la kami yang tak sempurna nih..walaupun kami tak ader buat dosa dekat korng semua yang sangat sempurna dari segi fizikal, masyarakt dah reject nak baut macm mane, kaum laknat neraka jer lat tempat kami nih ha...thanks ya..kata-kata dari kawan yang baca ulasan kat atas nih...