Rabu, 11 April 2012

Corat-Coret ABPBH 2011 & Gambar Pemenang ABPBH Ke-25

ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) sudah pun selamat melabuhkan tirainya. Pelbagai cerita menarik sebenarnya berlaku di belakang tabir sepanjang anugerah kali ke-25 itu berlangsung di Arena of Stars. Ikuti insiden yang sempat diamati dan diintai wartawan Rap.

ANTARA artis paling ghairah meraikan kejayaan pada malam itu adalah Tasha Shilla apabila dia menang mengejut bagi kategori Artis Baru Wanita Popular.
Barisan Pemenang ABPBH 2011
Sampai nak masuk subuh pun, kelihatan Shila masih mundar-mandir di lobi hotel First World di Genting Highlands bersama trofi yang dimenanginya itu. Dengar kata, Shila begitu sibuk melayan peminat daripada ‘fan club’ yang ditubuhkannya.

KELIHATAN pelakon cantik Lisa Surihani tidak berenggang langsung dengan suaminya, Yusry KRU sejak hari raptai lagi. Ketika duduk, mereka menggenggam tangan masing-masing dan asyik berbual-bual.

KETIKA sketsa Ombak Rindu sedang berlangsung, terdengar beberapa penonton menjerit kata-kata nakal terhadap persembahan Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani. Namun tindakan itu tidak diendahkan langsung oleh ketiga-tiga pelakon handalan terbabit malah terus memberikan persembahan terbaik mereka.

TAHUN ini terlalu ramai krew tambahan yang bertugas di belakang pentas dan bilik persalinan menyebabkan keadaan menjadi cukup sesak. Ditambah pula dengan kostum artis terutama Didie Alias yang besar dan ekstravaganza, maka terasa ruang belakang pentas makin bertambah sempit.

MUNGKIN gara-gara sibuk memikirkan sangat soal fesyen baju serta terkejut dengan kejayaannya pada malam itu, Didie Alias sampaikan terlupa segmen untuk mengumumkan tayangan klip video Datuk Sheila Majid sebelum penyanyi itu mendapat Anugerah Sepanjang Hayat. Hmmm... jangan buat selalu Didie.

KETIKA malam raptai, kelihatan Datuk Yusof Haslam dan Ziana Zain yang sedang menunggu giliran di belakang pentas, berbual rancak serta mengimbas kenangan zaman filem Sembilu. Malah ada pihak di situ mencadangkan agar Yusof mengambil Ziana untuk berlakon semula dalam filem terbaru arahan anak-anaknya.

Idea yang bagus! Yang penting, Ziana memang sangat hebat tatkala membuat persembahan bersama Lan Typewriter.

RAMAI artis yang membuat persembahan tidak ada ketika malam raptai, Sabtu lalu kerana terbabit dengan program Mania. Antara mereka Hafiz, Adira, Alyah, Hazama, Shila Amzah dan Datuk M Nasir. Lalu pihak TV3 terpaksa menyusun jadual latihan mereka untuk kesemua mereka beberapa jam sebelum siaran kemuncak itu berlangsung.



1. Pada hari berlangsungnya ABPBH 2011, rakan media dan para artis diberikan perhidmatan tatarias percuma dari jam 10pagi hingga 5petang yang disediakan khas oleh Majalah Lisa. Antara yang disediakan oleh Salun Lisa termasuklah dandanan rambut, urutan mini, sudut snek dan rias kuku.

2. Sebelum bermulanya siaran langsung, penonton di Arena of Stars diminta bangun untuk menyanyikan lagu kebangsaan negara, Negaraku.

3. Arena of Stars, Genting Highlands gamat dengan jeritan dari peminat artis masing-masing. Bagaikan perang jeritan, antara yang paling riuh memberi sorakan ialah peminat Aaron Aziz, Dato’ Siti Nurhaliza, Shaheizy Sam, Tasha Shila dan Izara Aisyah.

4. Terdapat 9 buah kamera ketika siaran langsung ABPBH 2011.

5. Sewaktu iklan, penonton di Arena of Stars ditayangkan dengan visual majlis sidang akhbar serta siri jelajah ABPBH 2011. Penonton turut dihiburkan dengan persembahan dari juara Bintang Idola Berita Harian 2011, Kamilia Razwanis dengan lagu Kesal nyanyian Ella.

6. Sistem audio ABPBH agak teruk tahun ini. Selain mikrofon yang membuatkan suara penyanyi, penyampai dan penerima anugerah tenggelam timbul, kesilapan teknikal seperti audio muzik dinaikkan semasa Dato’ Sheila Majid berucap turut mencacatkan majlis anugerah berprestij ini.

7. Faizal Tahir dan Anuar Zain antara penyanyi yang memberi ‘standing ovation’ selepas Dato’ Sheila Majid selesai membuat persembahan lagu hit-nya, ‘Antara Anyer dan Jakarta’ serta ‘Sinaran’.

8. Persembahan ABPBH 2011 diiringi oleh 45 pemuzik di bawah bimbingan Dato’ Haji Ramli M.S.

9. Seorang penonton pengsan dan terpaksa dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.

10. Selepas selesai sahaja persembahan Ombak Rindu, Lisa Surihani yang kemudiannya turun melalui tangga utama terus pergi kepada suaminya, Yusry.

11. Dek kerana gaun ‘kembang semangkuk’ yang dipakai Didie Alias ketika menghoskan ABPBH 2011, Artis Komedi Wanita Popular itu dilihat tersungkur ketika di tepi pentas. Malah, gaun kembang sebesar podium pengacara itu juga membuatkan ketiga-tiga hos yang lain terpaksa mencari ruang untuk berada di atas pentas tersebut.

12. Persembahan memukau Azlan The Typewriter dan Ziana Zain membuatkan hampir seluruh tetamu yang hadir bangun memberi ‘standing ovation’. Ketika persembahan, ‘klon’ Ziana Zain mencuri perhatian ramai apabila ‘catwalk’ sambil menyanyi lagu artis kesayangannya itu di tempat penonton.

13. Gara-gara teruja dinobatkan sebagai pemenang, Bintang Paling Popular 2011, Aaron Aziz terlupa dan tertinggal sut tajaan Lord’s Tailor di Genting Highlands. Sut tersebut kemudian dijumpai oleh kru produksi dan diserahkan kepada Aaron dua hari selepas ABPBH 2011 melabuhkan tirai.

14. Tidak sampai lima minit tamat siaran langsung ABPBH 2011, pihak pemganjur telah membuat pengumuman menjumpai sebuah telefon bimbit.

15. Peminat sanggup menunggu artis kesayangan mereka di luar tempat berlangsungnya ‘post-party’ ABPBH 2011 walaupun ketika itu sudah jam 3.00pagi.

16. Paling mendukacitakan GUA apabila sewaktu Dato' Sheila Majid diumumkan sebagai penerima Anugerah Sepanjang Hayat tiada montage video dipaparkan seperti tahun-tahun sebelumnya. Sewajarnya pengiktirafan terbaik untuk penerima anugerah tertinggi seperti itu disertakan dengan visual montage perjalanan kerjaya Sheila sendiri. Namun yang lebih mengecewakan GUA apabila mendapat tahu montage tersebut memang telah dirakamkan terlebih dahulu tetapi tidak digunakan kerana pengumuman nama Sheila diumumkan sebelum waktunya oleh pengacara Didie Alias. Sayangnya pihak produksi tidak pantas memikirkan kaedah terbaik untuk memperbaiki kesilapan tersebut. Maka, visual montage tersebut tidak langsung digunakan.Lagi di gua.com.my



1 ulasan:

Jendela Hati berkata...

sweet sgt tgk yusry & lisa...