Ahad, 8 April 2012

Gambar Artis & Fesyen Di Red Carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) berlangsung pada 8 April 2012 di Arena of Stars, Genting Highlands.



Untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kali ini tema ‘Larger Than Life’ dipilih. Tema itu sejajar sambutan jubli perak (25 tahun) anugerah paling popular itu.

Tema ‘Larger Than Life’, menurut istilah fesyen membawa tafsiran sesuatu yang sangat istimewa dan besar pengaruhnya sebagai contoh ‘avant-garde’. Jika dalam bahasa Melayunya boleh diguna adi busana.

Selain dari fesyen selebriti yang menjadi tumpuan ramai juga artis terbabit membuat persembahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ini.

Penyanyi yang membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) seperti Datuk Sheila Majid, Datuk M Nasir, Ziana Zain, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Tam Spider, Aizat, Azlan Typewriter, Jaclyn Victor, Bob, Shi la Amzah, Black, Faizal Tahir, Ramlah Ram, Mas Idayu, Salma, Shiha, Hafiz, Adira, One Nation Emcees dan Man Kidal.




Selain barisan artis berkenaan, turut memeriahkan acara kemuncak itu ialah persembahan sketsa Ombak Rindu yang bakal dijayakan hero pujaan ramai, Aaron Aziz, di samping Maya Karin dan Lisa Surihani.


Turut membuat persembahan ialah Datuk Siti Nurhaliza, Ezlynn, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Maria Farida, Najwa Latif, Stacy, VIP dan Watie Elite.







5 ulasan:

Movie Mistakes BUNOHAN (klik) berkata...

comey2 blako

✿ pink velvet ✿ berkata...

sume cantik2 KECUALI didi ... x paham dgn fesyen die, huhU~

sara pedrosa berkata...

didi kan lady gaga m'sia..uhuu

tyka berkata...

paling suka didi alias la. terbaik..

http://sitiatikah.com

'Aina Mohd Fauzi berkata...

salam , kenapa sy x dpt nk tgk gmbr2 di atas except yg gmbr yg tukar2 tu je ? >_<

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/