Khamis, 19 April 2012

Gambar Majlis Hari Jadi Zizan Raja Lawak Yang Ke-28

Tanggal 15 April lalu, genaplah 28 tahun usia Pengacara Lelaki Popular APBBH 2011, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak.

Sempena ulang tahun kelahirannya itu, bakat yang dicungkil dari program Raja Lawak musim pertama itu telah menerima kejutan daripada pengurusnya Marina Juki dan ahli kelab peminat Zizan FC.
Kek hari jadi Zizan yang ke-28 tahun
Majlis hari jadi Zizan yang ke-28 diadakan di Bora Ombak
 Majlis yang diadakan serba ringkas di Bora Ombak restoran Jalan Ampang, kuala Lumpur turut dihadiri oleh kedua ibu bapanya Puan Anai Ibrahim dan Encik Abdul Razak dan juga tetamu yang dijemput khas dari Rumah Anak Yatim Syifa, Gombak.

Majlis turut dihadiri dua artis yang bernaung di bawah syarikat Zizan; Wire Fame Sdn Bhd iaitu Johan Asa'ari dan Kaka.

Zizan yang juga anggota kumpulan Jozan nyata begitu terharu dengan kejutan tersebut dan menganggap ianya adalah satu pemangkin semangat untuknya terus berkerja keras dalam bidang seni.

 "Saya amat terharu dengan kejutan pada hari ini. Saya menyifatkan kejayaan yang saya perolehi sekarang adalah hasil sokongan daripada peminat setia, dan ibu bapa saya.

"Kejayaan saya ini juga banyak disokong oleh Marina Juki yang juga rakan kongsi dalam syarikat Wire Fame Sdn Bhd. Dia telah banyak membantu melancarkan kerjaya saya.

"Dia juga berharap dapat menjalankan aktiviti riadah bersama kelab peminatnya pada masa akan datang", jelas naib juara program Maharaja Lawak itu.
Selamat hari jadi yang ke-28 Zizan
 Johan Asa'ari dan Kaka  dua artis yang bernaung di bawah syarikat Zizan; Wire Fame Sdn Bhd 
Dalam perkembangan lain, Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Tokan arahan Ghaz Abu Bakar yang turut dibintangi oleh Johan Asa'ari, Liyana Jasmay dan Soffi Jikan.

Pelawak yang berasal dari Dungun, Terengganu itu juga kini sedang bergiat dalam program Super Spontan di mana dia menganggotai kumpulan Angsa Ganas.



3 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum CT...selamat hari lahir buat Zizan...:)

adam narzuan berkata...

untung laa zizannn...

SI MILLY'S berkata...

Am a big fan of Zizan here ! ^^